omniture

Satu tulang yang patah akan merebak ke bahagian yang lain, amaran dikeluarkan oleh IOF pada Hari Osteoporosis Sedunia

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2020-10-20 08:00 390

NYON, Switzerland, 20 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) menyeru orang dewasa untuk berwaspada terhadap faktor risiko osteoporosis, sejenis penyakit patah tulang yang mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa.

Patah tulang (dikenali sebagai keretakan) terjadi akibat seorang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas, terjatuh ringan. Pada kebiasaannya, ia merupakan tanda-tanda kehadiran osteoporosis. Selepas terjadinya patah tulang tersebut - selalunya di pergelangan, tulang belakang atau punggung - risiko mengalami patah tulang selanjutnya adalah sangat tinggi pada dua tahun berikutnya.

Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh, menjadikan seseorang mengalami kesakitan dan keretakan yang melemahkan, seterusnya mengakibatkan hilang keupayaan dan pengurusan kendiri dalam jangka panjang. Patah tulang yang berkaitan dengan osteoporosis boleh terjadi selepas terjatuh ringan daripada posisi berdiri tegak, atau sekadar membengkokkan badan untuk mengangkat beg keperluan harian. Terdapat seorang dalam dua orang wanita dan seorang dalam lima orang lelaki berumur lima puluh tahun ke atas yang terkesan dengan patah tulang akibat osteoporosis, sepanjang hayat mereka.

Faktor risiko penting lain untuk patah tulang yang berkaitan dengan osteoporosis termasuk kehilangan ketinggian lebih daripada 4 cm (kira-kira 1.5 inci); penggunaan glukokortikoid jangka panjang ('steroid' untuk merawat keradangan); sejarah ibu bapa yang pernah patah tulang pinggul, kurang berat badan; merokok; pengambilan alkohol yang berlebihan; dan mereka yang menopaus awal, antaranya.

IOF menggesa orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas untuk menjalani Pemeriksaan Risiko Osteoporosis IOF (dalam 36 bahasa) di https://riskcheck.osteoporosis.foundation. Sekiranya faktor risiko telah dikenal pasti, adalah penting untuk membuat penilaian kesihatan tulang yang merangkumi Penilaian Risiko Patah(FRAX) untuk menganggarkan risiko patah tulang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Presiden IOF, Profesor Cyrus Cooper menyatakan:

"Memandangkan kesan patah tulang serius dan mengubah kehidupan, terutamanya pada bahagian pinggul dan tulang belakang, adalah amat mustahak bagi semua orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas untuk berwaspada terhadap faktor risiko berpotensi osteoporosis. Ujian dan rawatan yang tepat pada masanya sangat penting kerana rawatan yang berkesan dapat mengurangkan risiko patah tulang daripada 30% hingga 70%." 

Pengurusan awal osteoporosis dapat mencegah penderitaan dan kehilangan pengurusan kendiri. Selepas patah tulang pinggul, kira-kira 40% pesakit tidak dapat berjalan sendiri, sekitar 60% memerlukan bantuan dan 33% mungkin bergantung atau berada di rumah jagaan pada tahun berikutnya selepas kejadian patah tulang.

Kebergantungan membebankan pesakit dan pengasuh keluarga, dengan beban yang lebih berat memihak kepada golongan wanita. Kajian oleh negara Sepanyol tentang pengasuh kasual untuk pesakit patah tulang pinggul mendapati bahawa 77% adalah wanita, 55% daripadanya merupakan anak perempuan pesakit.

Professor Cooper menambah:

"Sebagai penyakit, osteoporosis menyebabkan pengabaian yang berbahaya. Walaupun bebannya sangat besar bagi pesakit dan keluarganya, lebih kurang 80%, malahan pesakit berisiko paling tinggi yang telah mengalami patah tulang, tidak menerima rawatan. Melalui inisiatif Capture the Fracture®, IOF memperjuangkan pelaksanaan Program Penyelarasan Penjagaan Pasca Patah Tulang di hospital-hospital seluruh dunia. Perkhidmatan sedemikian memastikan bahawa pesakit yang patah tulang dinilai dengan betul dan dirawat untuk meminimumkan risiko mengalami patah tulang seterusnya, aspek perawatan yang harus diminta oleh sesiapa saja yang menderita patah tulang pada usia tua. Kami menggesa pihak berkuasa kesihatan untuk mengutamakan kesihatan tulang dan memastikan penjagaan pasca patah tulang yang cekap terhadap semua orang tua yang mengalami patah tulang. Ini merupakan perkara utama untuk mengurangkan beban patah tulang yang berkaitan dengan osteoporosis pada pesakit, keluarga mereka dan masyarakat di seluruh dunia."

- Gambar-gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

Hari Osteoporosis Sedunia (WOD) dianjurkan secara tahunan pada 20 Oktober yang bertujuan menyeru orang ramai di seluruh dunia menentang osteoporosis dan yang berkaitan dengan patah tulang.
www.worldosteoporosisday.org

Rakan kongsi WOD: Sunsweet, Sandoz, Amgen, UCB, GSK, Kyowa-Kirin

Yayasan Osteoporosis Antarabangsa ialah organisasi bukan kerajaan terbesar di dunia yang dikhususkan untuk mencegah osteoporosis dan patah tulang.
www.osteoporosis.foundation 
www.capturethefracture.org

Hubungan Media:
Laura Misteli 
info@iofbonehealth.org 
Tel: +41-78-857-1777

 

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Senior Citizens Survey, Polls & Research