omniture

Steve Higgins dari Freeport-McMoran Dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah International Copper Association

International Copper Association
2020-10-20 18:52 328

WASHINGTON, 20 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Ahli Lembaga Pengarah International Copper Association (Pertubuhan Kuprum Antarabangsa - ICA) melantik Steve Higgins, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pentadbiran Freeport-McMoRan, sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah. Beliau akan berkhidmat dalam jawatan ini selama dua tahun.


Higgins menggantikan Ivan Arriagada, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Antofagasta PLC, yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi ICA semenjak dua tahun lalu.

Dalam jawatan baharunya sebagai Pengerusi ICA, Higgins akan membantu membimbing industri kuprum pada waktu-waktu yang penting. "Telah sekian lama saya menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh ICA sebagai suara utama dalam industri kuprum. Ini merupakan kemuncak bagi industri bukan sahaja kerana peranan yang dimainkan oleh kuprum dalam membangunkan semula ekonomi, tetapi juga dalam memenuhi sasaran pelepasan iklim global," kata Higgins. "Saya amat berbesar hati untuk memulakan peranan saya sebagai Pengerusi ICA . Saya berharap dapat bekerja dengan rakan sepasukan dalam industri kuprum dan barisan eksekutif ICA untuk memberi impak bernilai tinggi kepada industri serta pasaran pengguna akhir."

Presiden ICA, Tony Lea, menyatakan, "Steve telah sekian lama menjadi pendukung utama ICA dan minatnya yang mendalam terhadap industri akan memberi manfaat kepada ahli dan para pekerja. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ivan Arriagada atas bimbingan dan dedikasinya selama dua tahun yang lalu. ICA telah melaksanakan langkah-langkah penting bagi pihak industri kuprum di sepanjang khidmatnya."

Tentang International Copper Association 

International Copper Association (ICA) menyatukan industri kuprum global untuk membangun dan mempertahankan pasaran kuprum serta menyumbang secara positif terhadap Sasaran Pembangunan Lestari PBB. Beribu pejabat di Washington, D.C., ICA mempunyai pejabat di tiga rantau utama: Asia, Eropah dan Amerika Utara. ICA dan rakan usaha samanya, Copper Alliance® bergerak secara aktif di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.copperalliance.org.

Hubungan media:

Nicole Witoslawski, +1 646 350 9968
nicole.witoslawski@copperalliance.org 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1314588/international_copper_association_steve_higgins.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/755242/International_Copper_Association_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: International Copper Association
Keywords: Mining Mining/Metals Personnel announcements