omniture

X-Creator Challenge Dibuka untuk Penyerahan Global Menumpu pada Penyelesaian Peralatan Pintar bagi Misi Menyelamat Kecemasan dan Bencana

XCMG
2021-03-01 11:33 64

XUZHOU, China, 1 Mac 2021 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka (000425.SZ) melancarkan secara rasmi X-Creator Challenge, edisi ketiga dan dinaik taraf bagi Pertandingan Reka Bentuk Inovasi Mesra Alam "XCMG Cup" (Piala XCMG) yang terdiri daripada dua kategori pertandingan iaitu reka bentuk peralatan kecemasan jalan raya pintar dan reka bentuk peralatan menyelamat bencana geologi.

X-Creator Challenge Opens for Global Submissions Centering on Intelligent Equipment Solutions for Emergency and Disaster Rescue.
X-Creator Challenge Opens for Global Submissions Centering on Intelligent Equipment Solutions for Emergency and Disaster Rescue.

Kedua-dua kategori X-Creator Challenge menyeru idea reka bentuk peralatan perintis bagi membantu misi bantuan/menyelamat kecemasan dan bencana selepas berlakunya gempa bumi, tanah runtuh, banjir lumpur serta kemalangan pengeluaran terutamanya menggunakan teknologi pintar untuk menyelamatkan nyawa dalam keadaan yang mendesak. Cadangan pengubahsuaian di bawah dua kategori tersebut turut digalakkan untuk diserahkan bagi memenangi hadiah.

"Pada tahun 2020 sahaja, bencana alam menjejaskan kira-kira 138 juta orang di China maka pencarian penyelesaian dengan pantas untuk masalah kekangan dalam bantuan dan menyelamat bencana adalah sangat penting. Teknologi baharu seperti 5G, peralatan menyelamat kecemasan berbilang fungsi dimodulasi, penyahpasang/pemasangan peralatan yang pantas serta kawalan jarak jauh sudah pastinya merupakan kunci pembangunan selanjutnya," kata Xiaodong Xu, Timbalan Pengurus Besar, Peralatan Keselamatan Memadam Kebakaran XCMG.

Peserta-peserta dari seluruh dunia kini dialu-alukan untuk memuat naik rekaan mereka secara dalam talian sehingga Jun ini. Selain daripada anugerah dan biasiswa kewangan, pemenang hadiah pertama akan diberi peluang untuk menjalankan projek mereka bersama universiti atau perusahaan. Peserta yang cemerlang daripada pusingan awal akan menerima jemputan temu bual daripada XCMG dan pemenang yang luar biasa bahkan boleh mendapat tawaran untuk menyertai pasukan XCMG.

X-Creator telah menyediakan himpunan pendanaan transformasi industri yang berjumlah 10 juta yuan (US$ 1.55 juta). Selain daripada reka bentuk penyelesaian dan peralatan yang lengkap, maklum balas pengoptimuman produk dan fungsi cemerlang yang dihantar oleh peserta antarabangsa akan turut dipertimbangkan untuk menerima anugerah.

Dilancarkan pada tahun 2016, pertandingan XCMG Cup merupakan sebahagian daripada 14 projek kebajikan awam global XCMG yang tepat kedudukannya dan merupakan satu pencapaian utama model penyelidikan dan pembangunan (R&D) tradisional bagi mempromosikan inovasi teknologi dan menggalakkan bakat muda untuk memajukan pembangunan mampan industri ini.

Berbilang konsep dan idea yang inovatif daripada pertandingan terdahulu telah diaplikasikan dalam reka bentuk dan pembangunan produk termasuk projek kipas rendah hingar dan berkecekapan tinggi yang kompak daripada XCMG Cup pertama, reka bentuk mesin pengorek kecil berbilang fungsi yang berkuasa mesra alam dalam tahun kedua antara yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai X-Creator Challenge, sila kunjungi: https://www.xcmgapprentice.com/ 

 

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation Awards New products/services