omniture

TVM Capital Healthcare Menjual Saham Dalam Cambridge Medical and Rehabilitation Center pada harga AS$232 Juta dengan Pulangan Modal Dilaburkan Sebanyak 4.6 Kali

TVM Capital Healthcare
2021-03-01 21:24 101

SINGAPURA, DUBAI, UAE, BOSTON dan MUNICH, 1 Mac 2021 /PRNewswire/ -- TVM Capital Healthcare, sebuah firma ekuiti swasta pakar penjagaan kesihatan global yang beroperasi di pasaran baru muncul, mengumumkan kejayaan penjualan syarikat portfolionya, Cambridge Medical and Rehabilitation Center ("CMRC") kepada syarikat pelaburan dagangan awam yang berpangkalan di UAE iaitu Amanat Holdings PJSC. CMRC ialah penyedia perkhidmatan penjagaan dan pemulihan pasca akut yang terkemuka di wilayah MENA. TVM Capital Healthcare mempunyai rekod prestasi yang panjang dalam kejayaan pelaburan dan pengembangan syarikat penjagaan khusus dengan pasukan pelaburan dan operasi di wilayah MENA serta Asia Tenggara.

Penjualan CRMC merupakan kejayaan penjualan kepentingannya yang ketiga dengan dana berjumlah $134 juta yang diurus dan diatur oleh TVM Capital Healthcare.  Pengagihan Modal Berbayar (DPI) kepada pelabur berjumlah 2.4 kali ganda dana yang dilaburkan setakat ini, dengan dua syarikat masih dalam portfolio.  Pulangan terkompaun berjumlah 28.0% IRR Kasar / 19.7% IRR Bersih, prestasi pada Penyuku Atas bagi dana vintaj yang serupa, ditanda aras pada Dana PE dan VC Pasaran Baru Muncul Cambridge Associates.

Sebagai pelabur modal pertumbuhan yang amat aktif, TVM Capital Healthcare telah melabur dan mengembangkan CMRC menjadi perniagaan penjagaan kesihatan lestari yang terus memberikan impak sosial yang signifikan dalam perkhidmatannya kepada komuniti berkaitan. CMRC ditauliah sepenuhnya oleh beberapa organisasi akreditasi kecemerlangan klinikal terkemuka di dunia seperti Joint Commission International (JCI) dan CARF yang dianggap sebagai pelopor dalam perkhidmatan pasca akut di rantau ini. CMRC kini mempunyai kemudahan pesakit luar berlesen dengan kapasiti sebanyak 250 buah katil. Semasa pandemik Covid-19 global baru-baru ini, CMRC menunjukkan manfaat penjagaan pakar di luar hospital yang meringankan beban sistem kesihatan awam dengan memastikan katil akut tersedia dan memberikan hasil yang berkualiti kepada pesakit pasca akut yang menggunakan perkhidmatannya.

Dr. Helmut Schuehsler, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TVM Capital Healthcare mengulas: "Pada tahun 2010, kami telah mengenal pasti keperluan besar yang tidak dipenuhi dalam sektor penjagaan kesihatan di rantau ini. Melalui pelaburan kami dalam syarikat penjagaan jangka panjang yang pertama iaitu ProVita International Medical Center yang dijual pada tahun 2015 dengan pulangan modal dilaburkan sebanyak 10.7 kali - dan dua tahun kemudian iaitu tahun 2012, melalui CMRC - kami memperkenalkan perkhidmatan jangka panjang yang amat khusus dalam penjagaan perubatan, pemulihan dan pesakit luar. Kini, kami amat berbangga dengan nilai yang kami hasilkan melalui CMRC kepada pesakit, keluarga mereka, sistem penjagaan kesihatan tempatan dan pelabur kami – dengan membina pusat kecemerlangan penjagaan kesihatan yang memanfaatkan pengalaman penjagaan kesihatan global kami selama lebih 35 tahun, rangkaian global dan kepakaran rakan kongsi sekutu seperti Spaulding Rehabilitation Network, rakan kongsi pengajaran rasmi Harvard Medical School Department of Physical Medicine and Rehabilitation."

Hoda Abou-Jamra, Rakan Kongsi Pengasas merangkap Pengarah Urusan Asia Tenggara TVM Capital Healthcare menambah: "Tumpuan awal dan berterusan kami terhadap penerapan rangka kerja ESG yang berkualiti dan komprehensif telah membolehkan kami membina sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang lestari dan berjaya yang bukan sahaja telah mencipta lebih 500 pekerjaan setakat ini tetapi juga telah menyokong komuniti dengan signifikan. Pasukan kami di Asia Tenggara sedang memindahkan penjagaan pasca akut kami dan kepakaran penjagaan khusus yang lain ke pasaran Asia Tenggara yang terpilih yang kami dapati turut mendapat permintaan yang sama."

Carl Stanifer, Rakan Kongsi Operasi TVM Capital Healthcare dan Pengerusi semasa CMRC berkata: "Saya berbangga kerana telah menjadi sebahagian daripada perjalanan CMRC dalam usaha menjadi salah sebuah syarikat penyedia penjagaan pasca akut terkemuka di rantau ini yang membuktikan strategi pelaburan kami yang sempurna. Pada masa akan datang, Asia Tenggara akan menawarkan peluang yang luas kepada TVM Capital Healthcare bagi melaksanakan kepakaran penjagaan pasca akut. Kami melihat peluang pelaburan yang memberangsangkan di sana bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan tertentu yang kurang ditawarkan di segmen dan wilayah tertentu di rantau ini yang berpotensi untuk ditambah nilai dari segi operasi oleh syarikat."

Tentang TVM Capital Healthcare

TVM Capital Healthcare ialah sebuah firma pelaburan ekuiti swasta penjagaan kesihatan yang menumpukan pada pasaran baru muncul. Firma ini melabur modal pertumbuhan dalam syarikat penjagaan kesihatan dengan fokus pada perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus, penyelesaian kesihatan digital, farmaseutikal, peranti perubatan dan diagnostik. Rakan kongsi pelaburan dan operasi firma mempunyai rekod prestasi antarabangsa yang kukuh dalam M&A serta operasi penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Singapura dan Dubai serta mempunyai pejabat perwakilan di Munich dan Boston, firma ini bekerjasama dengan pasukan pengurusan Timur Tengah dan Asia Tenggara untuk membina juara sektor dan menyokong secara terpilih syarikat-syarikat dari wilayah seperti Eropah atau Amerika Utara dengan projek pengembangan ke wilayah sasaran syarikat. Pendekatan pelaburan TVM Capital Healthcare menggabungkan penciptaan nilai komersial dan pulangan yang kukuh dengan pelaburan bertanggungjawab serta rangka kerja ESG yang komprehensif untuk membina syarikat yang memberikan impak, lestari dan ditadbir urus dengan baik, memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang dengan pertumbuhan dan penciptaan pekerjaan yang berterusan di tempat kerja yang saksama dan meraikan kepelbagaian serta mempunyai etika perniagaan yang tinggi.

www.tvmcapitalhealthcare.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1446186/TVM_Capital_Healthcare_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: TVM Capital Healthcare
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Accounting news, issues New products/services