omniture

Eye Level Perkenal Duta Jenamanya: Pelajar-pelajar Mereka

Eye Level
2021-04-06 15:38 191

SEOUL, Korea Selatan 6 April 2021 /PRNewswire/ -- Eye Level, penyedia perkhidmatan pendidikan kanak-kanak bertaraf global telah memulakan program Duta Eye Level yang pertama seumpamanya pada 5 Mac 2021.

Seramai 21 Duta Eye Level adalah dari Amerika Syarikat, Indonesia, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina, Myanmar dan Thailand. Setiap Duta akan menerima biasiswa yang setara dengan yuran tahunan Eye Level wilayah duta berkenaan (sehingga 3,400 USD).

Antara Mac 2021 dan Februari 2022, Duta-duta tersebut akan mempromosikan pelbagai aktiviti jenama serta berkongsi pengalaman pembelajaran peribadi serta kisah kejayaan mereka dalam tempoh pembelajaran mereka di Eye Level.

Sebuah cerita yang dikongsikan oleh semua Duta tahun ini ialah sejauh mana mereka telah berubah daripada kurangnya kemahiran aritmetik asas dan pengkomputeran sehinggalah mereka memperoleh kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Satu lagi kisah ialah sejauh mana mempelajari Bahasa Inggeris di Eye Level membantu mereka menulis karangan luar biasa bagi tujuan penerimaan masuk ke universiti dan akhirnya membantu mereka diterima masuk ke sekolah-sekolah berprestij.

Sepanjang tahun ini, Duta-duta Eye Level akan mempromosikan beberapa aktiviti seperti berkongsi pengetahuan pembelajaran mereka dengan kandungan motivasi yang diusahakan sendiri. Mereka berharap agar dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar terdahulu Eye Level untuk mencapai kehebatan, sama seperti mereka.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi myeyelevel.com.

Latar Belakang Eye Level

Eye Level ialah peneraju bertaraf global bagi program Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar yang berumur antara 4 dan 15 tahun. Dengan pencapaian akademik menjadi keutamaan tertinggi, Eye Level percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk mencapai potensinya yang sebenar.

Bergantung pada tahap setiap pelajar, seseorang pelajar akan mendapat akses kepada buku kecil yang sesuai dengan tahap, lembaran kerja, bacaan, masalah latihan tambahan, permainan dalam talian serta bahan tambahan yang lain. Tunjuk ajar dalam talian dan buku kecil turut disediakan melalui On Air dan Learning Room Eye Level untuk sesiapa yang tidak menerimanya di rumah.

Source: Eye Level
Keywords: Education Children-related news Licensing/marketing agreements