omniture

PRT Perkenal lebih 2,700 Produk Kualiti OEM di Asia Tenggara

Produk dikeluarkan untuk memperluas portfolio jenama PRT dalam Pasaran SA dan meliputi lebih daripada 10,000 model kereta berbeza.
PRT (Performance Ride Technology)
2021-06-21 11:50 143

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Performance Ride Technology (PRT), jenama premium ADD Industry (Zhejiang) Corporation Limited (SHA: 603089) salah satu pengeksport terbesar bagi Penyerap Hentakan, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap di dunia, mengumumkan lebih daripada 2700 produk kualiti OEM yang menyokong lebih daripada 10,000 model kenderaan dalam Pasaran Selepas Jualan Asia untuk kenderaan ringan, SUV dan lori pikap.

PRT (Performance Ride Technology) Perkenal Lebih 2700 Produk Kualiti OEM untuk sokong lebih 10,000 model di Asia Tenggara
PRT (Performance Ride Technology) Perkenal Lebih 2700 Produk Kualiti OEM untuk sokong lebih 10,000 model di Asia Tenggara

PRT menawarkan aplikasi Penyerap Hentakan, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap untuk model-model kereta yang paling popular di rantau Asia Tenggara seperti Honda CR-V, Toyota Camry, Suzuki Grand Vitara dan Toyota Corolla yang paling laris terjual. 

Sejak menembusi pasaran Asia Tenggara, objektif utama PRT adalah untuk menyediakan produk kualiti OEM yang mencapai piawaian pembuatan tertinggi dan dalam masa yang sama dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggannya yang berbeza.

Produk PRT dikeluarkan di bawah proses kualiti OE paling ketat yang diperlukan oleh pembuat auto utama. "Sebanyak 2,700 produk ini dikeluarkan untuk memperluas rangkaian aplikasi dan liputan kami untuk lebih daripada 10,000 model kenderaan termasuk kereta-kereta yang paling popular dalam pasaran Asia Tenggara. Sebagai pengeluar OE, misi kami di PRT adalah sentiasa untuk menawarkan Kualiti OEM kepada semua produk kami," tegas Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT.

PRT juga merupakan pilihan utama pengedar lantaran kredibiliti dan pengalaman jenamanya. Jenama dengan kepakaran pembuatan selama lebih daripada 25 tahun dengan pensijilan global dan kilang moden yang dapat mengeluarkan lebih dua juta Penyerap Hentakan setiap bulan.

Maklumat lanjut mengenai produk PRT boleh dirujuk melalui perkhidmatan hubungan pelanggan kami dengan menghubungi +66 (61) 541-5546 atau melalui laman sesawang kami www.prtautoparts.com, juga ikuti kami di rangkaian sosial kami @prtautopartsasia

Hubungan Media:
Tel
: +66 (61) 541-5546 
Emel: MEDIA-ASIA@AUTOPARTS.COM

Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Transportation New products/services