omniture

Venus Medtech Lantik Profesor Martin B. Leon sebagai Penyelidik Utama Global Sistem RDN Generasi Baharunya

Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
2021-07-29 16:25 165

HANGZHOU, China, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 27 Julai 2021, Venus Medtech (Hangzhou) Inc. ("Venus Medtech") (kod saham: 2500.HK), penyedia yang utama bagi penyelesaian terapi injap jantung intervensi komprehensif di China dan subsidiari pengawalnya Renaly Ltd., mengumumkan bahawa Profesor Martin B. Leon, MD, seorang pelopor dalam bidang peranti kardiovaskular intervensi telah dilantik sebagai Penyelidik Utama (PI) Global untuk sistem penyahsarafan arteri renal (RDN) generasi baharunya.


Ketika ini, Dr. Leon merupakan Profesor Perubatan di Columbia University Irving Medical Center (CUIMC) di New York. Beliau juga merupakan Pengarah Center for Interventional Vascular Therapy (CIVT), Pengarah Cardiac Catheterization Laboratories dan Pengarah lembaga eksekutif New York-Presbyterian University Hospital of Columbia serta Cornell Heart & Valve Center. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi persidangan Terapi Kardiovaskular Transkateter (TCT) tahunan. Sebagai peneraju dalam bidang intervensi kardiovaskular, Dr. Leon telah mengambil bahagian dalam lebih daripada 50 percubaan klinikal melalui peranan beliau sebagai PI dan menjalankan lebih daripada 10,000 pembedahan.

Dalam bidang RDN, Dr. Leon dan pasukan beliau telah berkhidmat sebagai PI dalam percubaan klinikal untuk beberapa sistem yang inovatif termasuk Sistem Penyahsarafan Renal Symplicity Spyral™ Medtronic dan Sistem Penyahsarafan Ultrasonik Paradise™ ReCor Medical, kedua-duanya dianugerahkan dengan Designasi Peranti Perintis oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. pada tahun 2020.

Sistem RDN generasi baharu dibangunkan oleh Renaly, subsidiari pengawal Venus Medtech. Platform Teknologi Ultrabunyi Dwi-Mod (DMUT) eksklusifnya dapat mencapai rawatan ablasi berterusan tanpa sentuh dengan pengimejan ultrabunyi masa sebenar, yang mengurangkan dengan ketara berlakunya pelbagai isu seperti ablasi saraf yang tidak mencukupi atau kerosakan vaskular yang disebabkan oleh ablasi tidak terkawal. Penyampaian ablasi yang tepat dan cekap mengubah paradigma rawatan kepada hasil yang lebih dapat diramal dan memudahkan aliran prosedur yang akhirnya dapat meningkatkan tahap keselamatan dan keberkesanan prosedur.

Hipertensi ialah salah satu daripada penyakit kronik yang paling biasa berlaku di dunia. Kira-kira satu pertiga daripada populasi dewasa di seluruh dunia menghidap hipertensi[1]. Bilangan individu yang didiagnosis dengan hipertensi di China melebihi 330 juta orang, lalu meletakkan negara ini di kedudukan pertama di seluruh dunia dari segi jumlah penghidap penyakit tersebut. Data daripada Tinjauan Hipertensi China menunjukkan bahawa kadar prevalens hipertensi dalam kalangan orang dewasa berumur ≥18 tahun mencecah 27.9% ketika tinjauan tersebut dibuat (2012-2015) dan sejak itu terus menunjukkan trend menaik. Ia merupakan penyumbang bagi 50% dan 20% morbiditi dan kematian penyakit kardiovaskular masing-masing di China. Hipertensi, faktor risiko bebas bagi kejadian kardiovaskular boleh mengakibatkan komplikasi seperti strok, infarksi miokardium, kegagalan jantung, kelemahan renal, lantarannya, kawalan dan rawatan hipertensi adalah bermanfaat kerana ia dapat mengurangkan risiko komplikasi kardiovaskular[2].

Dr. Leon berkata: "Saya berbesar hati kerana dilantik sebagai PI bagi sistem RDN generasi baharu Renaly. Hipertensi ialah salah satu daripada faktor risiko utama penyakit kardiovaskular. Perkembangan terapi RDN membawakan pilihan terapi yang baharu dan memberi harapan untuk pesakit dengan hipertensi resistan dan pematuhan yang rendah terhadap ubat-ubatan. Menangani masalah utama klinikal ablasi tidak lengkap atau berlebihan yang berkaitan dengan sistem generasi pertama, sistem penyahsarafan renal berasaskan ultrabunyi Renaly dijangka dapat meningkatkan dengan signifikan keselamatan dan kebolehkawalan dengan mencapai ablasi sekata dan boleh dikawal apabila menggunakan pengimejan ultrabunyi masa sebenar. Kami berharap dapat memulakan percubaan klinikal secepat mungkin."

Eric Zi, Pengasas, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Venus Medtech berkata: "Kami akan memberi tumpuan untuk membangunkan peranti dan prosedur baharu, bionik, teknologi gabungan imej dan pengesanan digital dari segi portfolio teknologi perubatan masa depan kami, kesemuanya yang kami rancang untuk mengintegrasikan secara mendalam dengan produk terapi kami. Dengan berbuat demikian, kami dapat menyediakan barisan penyelesaian yang meliputi seluruh proses terapi secara hujung-ke-hujung, yang merangkumi prosedur itu sendiri serta bahagian sebelum pembedahan dan selepas pembedahan dalam rawatan tersebut. Renaly dapat dilihat sebagai model dari segi bagaimana seseorang dapat mengintegrasikan prosedur dan pengimejan baharu dengan menggabungkan navigasi pengecaman imej dengan ultrabunyi bagi menyediakan terapi berasaskan teknologi yang dioptimumkan kepada pesakit hipertensi. Kami gembira mengalu-alukan Dr. Leon sebagai Penyelidik Utama Global kami. Ini bukanlah kolaborasi pertama kami memandangkan beliau telahpun menjadi ahli Lembaga Penasihat Global kami dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan inovasi teknologi serta globalisasi produk. Kami percaya bahawa dengan pengalaman Dr. Leon yang luas dalam bidang ini, sistem RDN yang inovatif akan berkembang maju dengan pesat melalui percubaan klinikal dan memberi manfaat kepada pesakit di seluruh dunia."

Rujukan
[1]. World Health Organization Report: A global brief on hypertension – silent killer, global public health crisis.
[2]. Chinese Circulation Journal, September, 2020, Vol. 35 No.9 (Serial No.267)

Source: Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
Related Stocks:
HongKong:2500
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Personnel announcements