omniture

SMP Wi-Fi Elitcore Digunakan oleh Telco India

Elitecore Technologies
2013-08-07 20:37 154

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 7 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Platform Pengurusan Perkhidmatan (SMP) Wi-Fi Elitecore Technologies telah diaturkan kedudukan oleh salah sebuah pengendali telekom terbesar India. SMP ini membolehkan telko itu mengeluarkan perkhidmatan Wi-Fi besar-besaran dan berhubung lancar dengan pelanggan 2.5G dan 3G di bandar besar India, menawarkan akses Wi-Fi dan penyelesaian lepas beban data mudah alih untuk mengoptimumkan rangkaian sedia adanya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Sebagai sebahagian daripada strategi rangkaian heterogen mereka, pengendali itu mampu menawarkan perkhidmatan Wi-Finya berserta pelan 3G lalu meningkatkan ARPU. Penyelesaian SMP Elitecore melepaskan beban pengguna daripada rangkaian 3G kepada spektrum Wi-Fi percuma melalui penyepaduan berjaya dengan HLR pengendali melalui Gerbang MAP Elitecore.

Selain daripada mengoptimumkan rangkaian dan mengurangkan beban perbelanjaan modal, SMP Wi-Fi Elitecore membantu menyediakan keterhubungan lancar daripada 3G kepada Wi-Fi untuk para pelanggannya melalui senarai langkah operasi yang khusus untuk setiap peranti: Peranti EAP SIM dihubungkan melalui pengesahan terus, peranti Android bukan EAP SIM disahkan melalui klien hubungan app mudah alih dan peranti bukan EAP SIM disahkan melalui gerbang tawanan.

Tambahan lagi, SMP ini akan turut membantu mengewangkan pelanggan bukan pengendali melalui kaedah masuk terus berdasarkan baucar di semua kawasan khas pengendali yang mematuhi peta jalan masa hadapannya untuk melanjutkan perkhidmatan Wi-Fi di pelbagai lokasi kawasan khas berbeza seperti di hotel, hospital dan pusat membeli-belah.

Nikhil Jain, Ketua Pegawai Operasi, Elitecore Technologies, berkata, "Pengaturan kedudukan perkhidmatan Wi-Fi ini mencerminkan kematangan penyelesaian SMP kami yang sangat berevolusi dan boleh diskalakan bagi memenuhi tapak pelanggan dan keperluan pengewangan pengendali yang semakin meningkat. Ia juga membolehkan keanjalan tinggi melalui penyepaduan berbilang vendor untuk mengoptimumkan aset rangkaian pengendali sementara membantu mengekalkan kesetiaan pelanggan melalui pengalaman pelanggan yang dipertingkat pada kos yang lebih rendah."

SMP Wi-Fi Elitecore melalui penyepaduan EliteAAA dengan sistem LI akan membantu pengendali memenuhi syarat kawal selia telekom untuk pintasan yang sah dari segi undang-undang untuk pelanggan/lokasi/rangkaian yang disasarkan dengan menyediakan butiran sesi. Perkhidmatannya yang peka lokasi membolehkan pengendali menawarkan akses Wi-Fi mengikut permintaan dalam acara langsung dengan memaklumkan terus kepada pelanggan kelayakan Wi-Fi khusus mereka.

Tentang Elitecore

Elitecore ialah penyedia global untuk Platform Pengurusan Perkhidmatan (SMP) Wi-Fi . Platform canggih ini mempunyai penyepaduan dengan teras mudah alih dan mempunyai saling kendali tertinggi dengan ekosistem vendor untuk menyokong model perniagaan inovatif bersama senarai langkah operasi lambak berbilang yang membolehkan pengendali menerokai peluang hasil baharu.

Hubungi:

L K Pathak
Timbalan Naib Presiden Komunikasi Korporat
B: +91-9925012059
E : l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements