omniture

Cisco Lantik Pemimpin ASEAN Baharu Tingkatkan Pertumbuhan seluruh Rantau

Cisco
2021-11-22 09:00 113

SINGAPURA, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju teknologi dunia,Cisco Systems, Inc. telah melantik Bee Kheng Tay sebagai Presiden dan Pengarah Urusan kepada perniagaannya di seluruh ASEAN. Bee Kheng bertanggungjawap untuk memacu pertumbuhan dan perkembangan Cisco disamping memberi tumpuan kepada usaha pemasaran dan perancangan peniagaan yang strategik bagi kesemua sepuluh (10) negara di rantau ASEAN.

Dengan berbekalkan pengalaman selama lebih dua (2) dekad di dalam sektor Teknologi Maklumat, Bee Kheng memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan Cisco di seluruh Asia Pasifik dengan memperkenalkan kaedah-kaedah  baharu dalam menjana pendapatan yang berganda sehingga mencecah lima puluh tiga  peritus (53%) bagi tahun Fiskal 2021 (FY21) dan menjadikan Cisco sebagai salah sebuah organisasi yang terbesar di dunia. Kejayaan tersebut dijayakan melalui pendekatan berstruktur dalam aspek pembangunan strategi, kecemerlangan komersial, peningkatan prestasi dan perubahan tingkah laku.

Antara negara negara yang pernah di bawah tanggungjawap Bee Kheng adalah Jepun, China, Brunei dan Singapura. Beliau juga pernah mengetuai Bahagian Operasi dan Strategi selama tiga (3) tahun dalam menjayakan pelbagai projek secara usahasama dan kolaborasi terus dengan Kerajaan dan Sektor Awam dengan mantap serta membawa perubahan yang ketara di negara-negara yang dibawah pimpinan beliau. Pusat Inovasi dan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber adalah antara inisiatif dan kerjasama penting yang berjaya dipertengahkan oleh beliau, yang mana juga disokong oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.

Bee Kheng Tay berkata, "Digital Ekonomi" di negara-negara ASEAN mempunyai potensi yang amat besar dalam pengunaan kaedah infrastruktur "Awan (Cloud)" dan perlaksanaan "Awan (Cloud)" yang mampu meletakan pelbagai saiz organisasi di aras yang sama. Keutamaan perniagaan kini lebih bertumpu kearah kecekapan dalam melaksanakan perniagaan dengan pengunaan kaedah Awan, Hibrid, Perisian, Perkhidmatan dan di sokong oleh keselamatan siber yang jitu. Sebagai penaraju teknologi dalam keselamatan siber dan rangkaian internet, Cisco sentiasa bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk memacu peralihan dan membuka perubahan baharu bagi pertumbuhan ekonomi serta serta peluang sosial yang lebih inklusif.

Saya berharap dapat membawa Cisco dalam usaha mendorong pertumbuhan  ekonomi digital yang terjamin serta dipercayai di samping melahirkan kepimpinan yang cemerlang di mana peniaga, pelabur dan masyarakat mendapat memanafaatkan sepenuhnya potensi dan kelebihan teknologi di seluruh rantau ini.

Dave West, Presiden untuk Asia Pasifik, Jepun dan China, pula berkata, "Kami berbesar hati mengalu-alukan Bee Kheng ke dalam pasukan kepimpinan serantau Cisco pada waktu yang mengujakan ini, di mana kami terus menyaksikan permintaan pelanggan yang mantap dan berterusan di ASEAN. Kami senantiasa berterusan memenuhi keperluan pelanggan  di seluruh rantau ini dengan rekod prestasi luas Bee Kheng sebagai pemimpin terbukti dalam industri ICT, berserta kepakaran luas beliau dalam teknologi dan transformasi perniagaan akan membawa nilai yang sangat besar kepada kejayaan pasukan, pelanggan dan rakan kongsi kami."

Bee Kheng mengambil alih daripada Naveen Menon, yang beralih kepada jawatan global yang baharu di Pejabat Pelaksanaan Strategik Cisco dan akan bertanggungjawab untuk meluaskan tawaran 5G dan Edge Cisco serta menjalin kerjasama erat dengan unit-unit kejuruteraan, penyedia-penyedia perkhidmatan dan syarikat-syarikat gergasi.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Naveen atas kepimpinan dan sokongan hebat beliau di seluruh rantau ASEAN sepanjang empat setengah tahun. Tatkala kami melangkah ke hadapan menuju tahun 2022, saya yakin Bee Kheng dan pasukan ASEAN kami akan terus membina momentum yang hebat dalam semua bidang perniagaan ini dan membawa kami mencapai kejayaan yang lebih tinggi," kata Dave West.

Latar Belakang Cisco

Cisco (NASDAQ: CSCO) ialah peneraju teknologi seluruh dunia yang telah menjadikan Internet berfungsi sejak tahun 1984. Kakitangan, produk dan rakan kongsi kami membantu masyarakat berhubung dengan selamat dan merebut peluang digital masa depan pada hari ini. Terokai lebih lanjut di newsroom.cisco.com dan ikuti kami di Twitter di @Cisco.

Source: Cisco
Related Stocks:
NASDAQ:CSCO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements