omniture

CStone Pharmaceuticals dan Jiangsu Hengrui Pharmaceuticals umum kerjasama strategik dan perjanjian pelesenan eksklusif untuk antibodi mononklon anti-CTLA-4 CS1002 di Rantau Besar China

CStone Pharmaceuticals
2021-11-23 11:19 125

- CStone memberi hak eksklusif kepada Hengrui untuk penyelidikan, pembangunan, pendaftaran, pembuatan dan pengkomersialan mAb anti-CTLA-4 CS1002 di kawasan Rantau Besar China

- CStone akan mengekalkan hak untuk membangunkan dan mengkomersialkan mAb anti-CTLA-4 CS1002 di luar Rantau Besar China

- CStone dan Hengrui akan bekerjasama dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kepakaran komersial masing-masing untuk mempercepatkan pembangunan dan pengkomersialan mAb anti-CTLA-4 CS1002, aset imuno-onkologi rantaian utama bagi menyerlahkan sepenuhnya nilai komersialnya

SUZHOU, China, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- CStone Pharmaceuticals ("CStone", HKEX: 2616), sebuah syarikat biofarmaseutikal terkemuka yang berfokuskan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan terapi imuno-onkologi dan ubat-ubatan jitu yang inovatif serta Jiangsu Hengrui Pharmaceuticals ("Hengrui", SHSE: 600276) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dan perjanjian pelesenan eksklusif untuk mAb anti-CTLA-4 CS1002 di kawasan Rantau Besar China. Perkongsian yang strategik ini merupakan satu lagi pencapaian dalam misi CStone untuk memperkenalkan terapi inkologi yang inovatif di China selepas pelancaran komersial dua ubat yang pertama dalam kelasnya pada tahun ini.

Di bawah syarat-syarat perjanjian, CStone akan layak mendapat bayaran pendahuluan dan pembayaran ikut kerja berpotensi sehingga $200 Juta selain daripada royalti dua angka. Hengrui akan mendapat hak eksklusif untuk penyelidikan, pembangunan, pendaftaran, pembuatan dan pengkomersialan mAb anti-CTLA-4 CS1002 di Rantau Besar China. CStone akan mengekalkan hak untuk membangunkan dan mengkomersialkan CS1002 di luar Rantau Besar China.

Antigen 4 yang berkaitan dengan limfosit T sitotoksik (CTLA-4) ialah salah satu daripada segelintir sasaran yang telah disahkan secara klinikal untuk terapi kombinasi IO. Hanya terdapat satu antibodi monoklon anti-CTLA-4 yang diluluskan di seluruh dunia dan ia juga diluluskan di China. Menurut EvaluatePharma, pendapatan global tahunan produk ini pada tahun 2020 mencecah kira-kira $1.69 bilion. CS1002 ialah antibodi monoklon anti-CTLA-4 percubaan yang dibangunkan oleh CStone yang ketika ini berada di peringkat pembangunan klinikal. Keputusan daripada kajian Ph1a/1b yang masih berjalan ini menunjukkan bahawa jadual dos CS1002 yang dibezakan digabungkan dengan CS1003 (anti-PD-1) diterima dengan baik dan menunjukkan keberkesanan yang amat menggalakkan dalam melanoma refraktori-anti-PD-(L)1, karsinoma hepatoselular refraktori-anti-PD-(L)1 dan tumor kestabilan tinggi mikrosatelit/pembaikan tak padan kurang (MSI-H/dMMR) anti-PD-(L)-naif, diprarawat.

Dr. Frank Jiang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CStone, berkata, "Kami gembira dapat menjalin kerjasama dengan Hengrui. Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal China global yang terkemuka dengan rancangan onkologi yang luas dan keupayaan bersepadu yang mantap dalam pengkomersialan, kami amat yakin Hengrui akan membawa potensi penuh CS1002 ke pasaran Rantau Besar China. Melalui kolaborasi ini, kami percaya bahawa kami akan berganding bahu untuk membawa ke hadapan terapi onkologi inovatif yang lebih berkualiti tinggi kepada pesakit."

Dr. Lianshan Zhang, Ahli Lembaga, Naib Presiden Kanan dan Presiden Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) global Hengrui berkata, "Kami gembira dapat memeterai kerjasama ini bersama CStone berhubung aset imuno-onkologi rantaian utama CS1002. Dengan potensi terapi gabungannya, CS1002 akan mensinergikan lagi rancangan kami, mempelbagaikan portfolio onkologi dan mengukuhkan daya saing kami. Sebagai syarikat biofarmaseutikal Cina yang terkemuka, CStone menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunannya yang cemerlang dengan data klinikal peringkat awal yang mengagumkan dan jadual dos CS1002 yang dibezakan. Kami amat yakin terhadap pembangunan masa depannya untuk menyediakan ubat-ubatan yang lebih inovatif kepada pesakit Cina."

Latar Belakang CS1002 (antibodi anti-CTLA-4) 

CS1002 ialah antibodi monoklon anti-CTLA-4 percubaan yang dibangunkan oleh CStone. CS1002 dibezakan daripada ubat penyasaran CTLA-4 sebelum ini dari segi jadual dosnya yang telah diuji di peringkat pembangunan awal serta keberkesanan dan keselamatan yang menggalakkan dalam tiga indikasi yang memberi bukti-konsep untuk CS1002 sebagai rantaian utama yang berpotensi untuk kombinasi IO. Antigen 4 yang berkaitan dengan limfosit T sitotoksik (CTLA-4), turut dikenali sebagai CD152 ialah protein transmembran yang dikodkan oleh gen CTLA-4 yang dapat mengurangkan aktiviti sel T apabila mengikat dengan ligannya, B7, satu laluan yang turut digunakan oleh sel tumor untuk mengelakkan serangan limfosit T. Akibatnya, sekatan laluan CTLA-4 dapat merangsang pengaktifan dan proliferasi sel T untuk mendorong atau meningkatkan tindak balas imun anti-tumor. CTLA-4 menyediakan pendekatan imuno-terapeutik yang baharu kepada beberapa jenis kanser manusia.

Latar Belakang CStone 

CStone Pharmaceuticals (HKEX: 2616) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan untuk mengkaji, membangunkan dan mengkomersialkan imuno-onkologi dan ubat-ubatan jitu yang inovatif bagi memenuhi keperluan perubatan pesakit kanser yang tidak dipenuhi di China dan seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, CStone telah menghimpunkan pasukan pengurusan bertaraf dunia dengan pengalaman yang luas dalam pembangunan ubat-ubatan yang inovatif, kajian klinikal dan pengkomersialan. Syarikat ini telah membina saluran berfokuskan onkologi menerusi 15 calon ubat dengan penekanan strategik diberikan ke atas terapi gabungan imuno-onkologi. Ketika ini, CStone telah menerima tiga kelulusan ubat di Rantau Besar China, termasuk dua di Tanah Besar China dan satu di Taiwan. Visi CStone adalah untuk menjadi sebuah syarikat biofarmaseutikal yang terkenal di dunia dengan membawa terapi onkologi yang inovatif kepada pesakit kanser di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai CStone, sila kunjungi: www.cstonepharma.com.

Latar Belakang Hengrui  

Jiangsu Hengrui Pharmaceuticals Co., Ltd. ialah sebuah syarikat farmaseutikal global terkemuka yang berpangkalan di China dengan tumpuan pada penyelidikan, pembangunan, pembuatan dan pengkomersialan produk rawatan kesihatan yang inovatif dan berkualiti tinggi. Inovasi merupakan strategi pembangunan yang utama. Hengrui Pharma memiliki 8 produk inovatif yang dipasarkan, lebih daripada 50 calon inovatif di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D), lebih daripada 20 produk inovatif di bawah pembangunan klinikal di seluruh dunia. Hengrui Pharma menduduki tempat ke-21 antara 1,000 syarikat farmaseutikal global terbaik yang diumumkan oleh Torreya pada tahun 2020. Hengrui Pharma telah berada dalam senarai tahunan syarikat-syarikat farmaseutikal global terbaik Pharma Exec untuk tahun ketiga berturut-turut, meningkat kedudukannya dari tempat ke-47 pada tahun 2019 ke tempat ke-38 pada tahun 2021.

Kenyataan pandang ke hadapan 

Kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam artikel ini hanya berkaitan dengan peristiwa atau maklumat setakat tarikh kenyataan ini dibuat dalam artikel ini. Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, kami tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara umum mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya, selepas tarikh kenyataan ini dibuat atau bagi menggambarkan berlakunya peristiwa yang tidak dijangkakan. Anda harus membaca artikel ini sepenuhnya dan dengan memahami bahawa keputusan akan datang yang sebenar atau prestasi kami mungkin berbeza dengan ketara daripada apa yang kami jangkakan. Semua kenyataan dalam artikel ini dibuat pada tarikh penerbitan artikel ini dan boleh berubah lantaran perkembangan pada masa akan datang.

Source: CStone Pharmaceuticals
Related Stocks:
HongKong:2616
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Contracts Licensing/marketing agreements