omniture

Lebih satu bilion sukarelawan di seluruh dunia bertindak untuk membetulkan semula dunia

United Nations Volunteers
2021-12-02 07:00 20

NEW YORK, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Cabaran pembangunan yang serius – daripada kecemasan iklim hingga pandemik COVID-19 telah menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu mengubah cara kita hidup, bekerja dan bekerjasama. Sudah tiba masanya untuk membetulkan semula dunia.

Ketidaksamaan yang meningkat di seluruh dunia menyeru kepada sejenis kontrak sosial baharu dengan penekanan yang diperbaharui terhadap keterangkuman.

 Laporan Sukarelawan Dunia (SWVR) terkini tentang 'Membina masyarakat yang saksama dan inklusif' menjelaskan bahawa penyertaan lebih satu bilion sukarelawan di seluruh dunia merupakan suatu cara membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua.

Laporan utamaprogram Sukarelawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNV) ini akan dilancarkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada hari ini, secara langsung di UNWebTV

Laporan ini dibuat berdasarkan penyelidikan kajian kes di seluruh rantau di dunia. Dari Nepal ke Peru dan Lebanon hingga Malawi- kesan para sukarelawan terhadap komuniti mereka didedahkan. Melalui kumpulan hak asasi wanita dan talian utama bantuan vaksin, orang ramai bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan tetapi menyuarakan kebimbangan jangka panjang masyarakat kepada kerajaan mereka.

Setiap orang ketujuh di dunia ini ialah seorang sukarelawan. Walaupun berlaku kesan sosioekonomi yang dahsyat akibat pandemik ini, namun minat global terhadap kerja sukarelawan dalam komuniti kekal bertahan. Orang ramai terus bertindak balas terhadap krisis ini secara signifikan walaupun dengan pergerakan dan sumber yang terhad. Meskipun sekatan telah menghalang ramai orang daripada melakukan kerja sukarelawan secara bersemuka, namun ramai yang telah beralih kepada kerja sukarelawan dalam talian.

Para sukarelawan sering dilihat sebagai pelaksana dan penyedia perkhidmatan sosial. Namun begitu, SWVR memberikan pemahaman baharu yang menghubungkan kesukarelawanan dengan kesaksamaan dan keterangkuman.

"Dalam keadaan normal yang baharu ini, adalah sangat penting bagi sukarelawan untuk dianggap sebagai rakan yang penting sejak awal lagi," kata Gladys Mutukwa, seorang sukarelawan yang berusia 73 tahun dari Zambia.

Untuk aset multimedia, sila kunjungi di sini

Program Sukarelawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNV) menyumbang kepada keamanan dan pembangunan melalui aktiviti kesukarelawanan di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyepadukan lebih 10,000 orang Sukarelawan PBB yang berkelayakan, bermotivasi tinggi dan disokong dengan baik ke dalam program pembangunan serta mempromosi nilai dan pengiktirafan global terhadap aktiviti kesukarelawanan. UNV ditadbir oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

 

Source: United Nations Volunteers
Related Links:
Keywords: Not for profit Survey, Polls & Research Public Interest