omniture

Xinhua Silk Road: Indeks Harga Kambing Kashmir Kelan dikeluarkan di Shanxi, Utara China

Xinhua Silk Road
2022-07-04 09:56 159

BEIJING, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Indeks Harga Kambing Kashmir Xinhua-Kelan telah dikeluarkan pada hari Rabu di Daerah Kelan, Wilayah Shanxi, utara China bertujuan untuk meningkatkan pembangunan industri kambing kashmir Kelan yang berkualiti tinggi.


Sebagai indeks harga kambing kashmir yang pertama di China, indeks tersebut menggambarkan maklumat harga secara komprehensif dan objektif semua pautan rantaian industri kambing kashmir Kelan, menyediakan rujukan harga untuk pasaran dan meningkatkan penggiatan semula industri-industri berciri dengan alat digital.

Terletak di barat laut Wilayah Shanxi, Daerah Kelan mempunyai kelebihan unik dalam membangunkan industri ternakan kambing. Selama bertahun-tahun, Kelan membentuk sistem pemprosesan kambing kashmir secara berperingkat-peringkat yang menyepadukan pengeluaran kulit, bulu, kashmir dan daging.

Menjelang penghujung tahun 2021, Daerah Kelan telah menternak hampir 660,000 ekor kambing termasuk 550,000 ekor kambing kashmir dengan 136 tan kashmir dan 306 tan bulu telah dihasilkan. Nilai keluaran tahunan bagi industri kambing mencecah 252 juta yuan, menyumbang 60 peratus daripada jumlah nilai keluaran bagi perusahaan ternakan tempatan

Dibangunkan secara bersama oleh China Economic Information Service (CEIS) dan kerajaan Daerah Kelan, indeks tersebut dijangka dapat menggambarkan secara objektif trend pembangunan industri dan meningkatkan kecekapan peredaran pasaran, yang akan menjadi sangat penting untuk pembangunan industri kambing dan jabatan-jabatan yang membuat keputusan.

Indeks berkenaan merupakan peluang yang penting untuk transformasi dan penaiktarafan berkualiti tinggi pertanian Daerah Kelan serta langkah yang utama untuk penggiatan semula industri dan pembangunan perusahaan ternakan, yang akan memberi impak yang cukup luas ke atas pembangunan industri kambing tempatan, kata Meng Hongbin, setiausaha jawatankuasa daerah Kelan Parti Komunis China (CPC).

Indeks kambing tersebut akan membimbing pasaran untuk beredar dengan lebih lancar, menggalakkan penyebaran nilai jenama yang lebih baik, mempercepatkan transformasi digital industri dan mencapai pembangunan berkualiti tinggi industri kambing kashmir tempatan, menurut Zhang Zhaoxin, penyelidik Research Center for Rural Economy (RCRE).

CEIS ialah penyedia maklumat ekonomi di bawah Xinhua News Agency dan mempunyai berbilang platform perkhidmatan maklumat yang penting seperti Xinhua Finance, Xinhua Silk Road, Xinhua Credit dan Xinhua Indices. Xinhua Indices menyediakan perkhidmatan penyusunan, pengeluaran, pengendalian dan promosi indeks yang komprehensif.

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service New products/services