omniture

Ascend memberi tumpuan kepada pengurangan jejak karbon produknya

Ascend Performance Materials
2022-10-07 22:37

HOUSTON, 7 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials hari ini mengumumkan dua usaha yang dilakukan untuk mengurangkan jejak karbon produknya. Syarikat tersebut telah menjadikan operasi penyebatian globalnya neutral karbon, menjadikannya pengeluar poliamida bersepadu pertama yang melakukan nyahkarbon terhadap sebahagian besar daripada operasinya dan telah memperoleh pensijilan ISCC+ untuk penggunaan bahan berasaskan bio.

Ascend Performance Materials' global compounding facilities, including the newly acquired sites in San Jose Iturbide, Mexico and Chennai, India, are now carbon neutral through process improvements and carbon and renewable energy offsets.
Ascend Performance Materials' global compounding facilities, including the newly acquired sites in San Jose Iturbide, Mexico and Chennai, India, are now carbon neutral through process improvements and carbon and renewable energy offsets.

Tujuh tapak penyebatian Ascend di Amerika Utara, Eropah dan Asia menghasilkan bahan rekayasa Vydyne®, Starflam® dan HiDura™ syarikat yang digunakan dalam kenderaan elektrik (EV), bateri, sistem tenaga boleh baharu dan pelbagai lagi aplikasi lain.

Keneutralan karbon bagi pelepasan gas skop 1 dan 2 di tapak tersebut telah dicapai melalui gabungan antara penambahbaikan proses dengan pengimbangan tenaga boleh baharu dan karbon. Setiap tahun, pencapaian ini bersamaan dengan menghapuskan pelepasan gas daripada 4,000 buah kenderaan penumpang.

Dari sudut pengeluaran Ascend yang bersepadu sepenuhnya, syarikat tersebut kini diperakui untuk penggunaan stok suapan berasaskan bio bagi menghasilkan akrilonitril, adiponitril, heksametilena diamina dan poliamida 66 menggunakan pendekatan penyeimbangan jisim. Dengan pensijilan ini, polimer PA66 Ascend kini boleh diperbuat daripada 40% bahan berasaskan bio.  

"Mengurangkan jejak karbon kami merupakan bahagian yang penting dalam usaha kelestarian kami," kata Chris Johnson, Pengarah Kelestarian Ascend. "Kami memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang bermakna dan berpanjangan yang mengimbangi prestasi alam sekitar dan produk, serta memberi manfaat kepada orang ramai, jiran, para pelanggan dan pengguna kami."

Ascend, pengeluar bahan tahan lama yang bersepadu sepenuhnya, telah komited untuk mengurangkan 80% pelepasan GHG-nya menjelang tahun 2030. Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat ini telah melabur dalam teknologi yang mengurangi pelepasan di loji nilon di Pensacola, Florida dan unit penjanaan bersama di loji adiponitril di Decatur, Alabama. Malah 30% daripada tenaga yang digunakan di loji akrilonitril Ascend di Alvin, Texas, diperoleh daripada ladang solar berskala utiliti melalui perjanjian pembelian kuasa.

"Kami kekal komited untuk menerajui kelestarian dalam industri sambil berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di peringkat global," kata Phil McDivitt, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ascend. "Pencapaian ini merupakan satu langkah besar ke arah memastikan setiap paun produk kami, sama ada yang dihasilkan di Suzhou atau di Pensacola, dihasilkan dengan kesan alam sekitar yang paling sedikit."

Ascend akan mempamerkan inisiatif kelestariannya termasuk produk rendah jejak karbon yang dihasilkannya bertemakan 'Advancing Together' di K 2022 dari 19 hingga 26 Oktober di Reruai A07, Dewan 6.

Tentang Ascend Performance Materials 

Sila hubungi: Osama Khalifa, +1 832-963-1347
okhali@ascendmaterials.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1915709/Ascend_Mexico_celebration___16.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Utilities Trade show news Future Events