omniture

Wain Chile menguatkan kehadirannya dalam pasaran Indonesia

ProChile
2014-03-07 23:26 113

- Chile akan menjalankan aktiviti promosi dengan pengimport utama kilang wain Chile di pameran Makanan, Hotel dan Pelancongan Bali.

- Seminar dan juga makan malam wain akan diadakan bagi menyerlahkan lagi kualiti wain Chile bagi para pembeli dan peneraju pendapat.

BALI, Indonesia, 7 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Wain Chile akan berada di pameran Makanan, Hotel dan Pelancongan Bali, Indonesia, yang akan diadakan mulai 6 hingga 8 Mac. Semasa acara ini para pengimport dan pembuat wain Chile akan menunjukkan ciri-ciri produk dan tanah yang telah meletakkan Chile pada kedudukan empat pengeluar wain teratas di dunia dengan saham pasaran sebanyak 3.7% daripada eksport dunia.

Keadaan Chile yang benar-benar bagus telah membantu penghasilan produk bertaraf dunia ini. Lembah wain Chile adalah sepanjang lebih 1,200 kilometer dari utara ke selatan dan turut menikmati faedah daripada iklim Mediterranean dan pelbagai jenis tanah. Chile juga dilindungi Pergunungan Andes di sebelah timur, sementara angin daripada Lautan Pasifik membantu mengawal atur suhu.

Ciri-ciri ini membuatkan wain Chile begitu berkualiti tinggi dan turut mempunyai personaliti luar biasa, termasuk rasa buahnya, warnanya yang pekat dan juga aroma yang harum lembut. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wain Chile telah memenangi banyak anugerah di pertandingan yang paling berprestij, termasuk "Anugerah Dekanter Wain Dunia" serta telah dipaparkan beberapa kali dalam penerbitan utama seperti majalah "Wine Spectator". Tidak hairanlah setiap hari 16.9 juta orang seluruh dunia menikmati segelas wain Chile.

Pada tahun 2013, Chile mengeksport wain sebanyak USD 1.878 juta, meningkat 5% berbanding pada tahun 2012, apabila eksport wain mencecah USD 1.790 juta.

Khususnya di Indonesia, pasaran dengan kehadiran Chile yang diwakili oleh 16 kilang wain, eksport wain Chile mencecah USD 904,677, meningkat sebanyak 11% dalam nilai eksport berbanding tahun 2012.

Semasa pameran Makanan, Hotel dan Pelancongan Bali, Chile akan hadir bersama para pengimport dari kilang wain di Montes, Ventisquero, Lapostolle, Millaman, Cono Sur, Casa Silva dan Casa Marin, lalu dapat mempertunjukkan ciri-ciri wain Chile kepada para pengunjung.

"Menurut angka yang dipaparkan dalam Business Monitor dan WTO, Zon Ekonomi ASEAN ialah zon yang bertumbuh paling pesat dan paling dinamik seluruh dunia. ASEAN mengambil bahagian sebanyak 3.1% daripada perdagangan dunia, diketuai Indonesia (39%), jadi penglibatan dalam aktiviti perniagaan dalam pasaran ini ialah cara yang penting bagi menunjukkan produk Chile," kata Albert Hasiholan, Pengurus Perdagangan Chile di Indonesia.

Ciri-ciri dan keadaan penanaman yang tersendiri

Geografi Chile yang sukar ditemui, dengan keluasan panjang dan sempit, ialah salah satu daripada banyak ciri yang menggalakkan penghasilan wain yang berkualiti. Dari utara ke selatan, Chile mempunyai pelbagai jenis iklim manakala kawasan tengah yang memang sudah menjadi kawasan penghasilan wain secara tradisionalnya mempunyai iklim Mediterranean. Hujan banyak turun semasa musim sejuk dan musim bunga, dengan musim kering yang berlanjutan dari musim panas hingga musim luruh. Pengaruh Arus Humboldt yang kuat membenarkan angin sejuk bertiup dari kawasan pergunungan, lalu mencipta perbezaan suhu yang kuat antara siang dan malam, yang sangat sesuai bagi menghasilkan anggur yang lazat.

Walaupun Chile ialah negara dengan tanah panjang dan sempit, kawasannya mempunyai pelbagai jenis landskap. Landskap ini dibentuk oleh dua pergunungan (Andes serta Coast) dari utara ke selatan dan juga pergunungan yang mengunjur dari timur ke barat. Pergunungan timur ke barat ini mempunyai sungai yang mengalir dalam arah yang sama dan telah membentuk teres tanah aluvium yang sangat diidam-idamkan apabila menanam anggur untuk dijadikan wain.

Gabungan kepelbagaian iklim dan tanah digandingkan pula dengan syarat penghasilan yang ketat dalam sektor wain menjelaskan kejayaan wain Chile di seluruh dunia.

Isu tersebut dan isu lain akan dibentangkan oleh Cristian Mandiola daripada Vina Lapostolle dan juga Albert Hasiholan, Pengurus Perdagangan Chile di Indonesia, di seminar Kelas Wain yang dianjurkan oleh ProChile, yang akan diadakan pada 6 Mac semasa pameran itu. Aktiviti ini disasarkan untuk pengurus pembelian dalam industri hotel dan bertujuan menunjukkan ciri-ciri tersendiri wain Chile dan juga Chile sebagai pengeluar bertaraf dunia.

Tambahan lagi, sesi merasa produk tipikal yang lain juga akan diadakan yang melibatkan produk seperti buah-buahan segar serta makanan laut. Antara hasil yang akan dipamerkan ialah anggur, epal, abalon, kekacang, salmon dalam tin, dan juga minyak zaitun yang telah membantu meletakkan Chile dalam kalangan pihak berkepentingan paling utama dalam industri makanan seluruh dunia. Kini, Chile berada di kedudukan ke-17 dan dijangka akan berada dalam kedudukan sepuluh teratas menjelang tahun 2010.

Pada hari Sabtu, 8 Mac, Makan Malam Wain akan diadakan di The Bale Hotel dengan Vina Montes, ketika para tetamu – para pelanggan kilang wain, media khusus serta para pembeli – akan menikmati makan malam tradisional Indonesia yang digandingkan dengan wain daripada Vina Montes.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelas pertengahan Indonesia dengan sumber pendapatan mereka telah meningkat secara signifikan, serta kerisauannya untuk kesihatan dan kesejahteraan. Dengan populasi sebanyak 240 juta, Indonesia ialah pasaran yang menarik untuk eksport Chile," kata Albert Hasiholan, Pengurus Perdagangan Chile di Indonesia.

Albert Hasiholan berkata lagi yang "eksport Chile ke Indonesia mencecah USD 231 juta pada tahun 2013, 32% lebih berbanding pada tahun 2012, apabila eksport mencecah USD 175 juta. Chile juga ialah salah satu daripada pembekal yang menerajui untuk salmon Atlantik beku, ikan trout beku, anggur serta kiwi."

Source: ProChile
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Trade show news