omniture

Kempen Cabaran TikTok #LayerYourSPF COSRX Labuhkan Tirai dengan Penglibatan Memecah Rekod Lebih 193 Juta Tontonan TikTok dalam Sebulan

COSRX
2023-05-22 10:17 47

SEOUL, Korea Selatan, 22 Mei 2023 /PRNewswire/ -- COSRX, jenama penjagaan kulit yang terkemuka, berjaya menamatkan kempen TikTok #LayerYourSPF di Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam yang berlangsung mulai 14 April hingga 7 Mei. Kempen tersebut mendapat perhatian yang luar biasa, mencapai sejumlah 193 juta tontonan di bawah tanda pagar #LayerYourSPF. Di samping itu, tanda pagar jenama, #COSRX mencapai kejayaan luar biasa dengan 1.9 bilion tontonan, mengalami peningkatan 21% dari segi penglibatan semasa tempoh cabaran itu.

Kempen Cabaran TikTok #LayerYourSPF
Kempen Cabaran TikTok #LayerYourSPF

Dengan penyertaan lebih 21 ribu individu yang menakjubkan, cabaran #LayerYourSPF mencipta rekod baharu untuk kempen TikTok COSRX, melangkaui kesemua bilangan penyertaan sebelum ini. Kandungan yang terhasil untuk kempen ini juga tersenarai dalam 1% ~ 3% teratas daripada video yang menghasilkan klik dalam kategori Kecantikan & Penjagaan Diri di keempat-empat negara, lantas mengesahkan populariti cabaran ini.

Kempen ini bukan sahaja mendorong penyertaan melalui cabaran berdasarkan penapis, tetapi turut mendidik pengguna tentang kepentingan perlindungan daripada sinar matahari dan keperluan untuk melapisi kulit dengan SPF bagi memastikan liputan UV yang lengkap. Selaras dengan hal ini, peserta menunjukkan daya kreativiti dan semangat mereka melalui pelbagai jenis kandungan, melakukan penggambaran di dalam & di luar, semasa sedang bercuti, membuat ulasan produk, memperkenalkan teknik melapisi SPF, kaedah pelindung matahari dua jari, ujian kamera UV, rutin penjagaan kulit harian dan banyak lagi, menggunakan COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++. Video-video ini kemudian dikongsi melalui TikTok, memperoleh pendedahan yang meluas terhadap COSRX dan produk-produknya dalam kalangan kumpulan usia yang pelbagai. Penglibatan yang meluas dan respons positif daripada komuniti TikTok ini menonjolkan usaha jenama yang berjaya untuk mendekati kumpulan pelanggan yang lebih luas dan lebih pelbagai.

"Matlamat kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran berkisarkan kepentingan melapisi SPR sebelum pendedahan kepada matahari dan selepas setiap 2 jam," kata seorang wakil jenama di COSRX. "Bagi menggalakkan peserta memulakan tabiat penjagaan kulit yang lebih sihat, kami mengeluarkan penapis yang dicipta khusus untuk menggalakkan pengguna meniru gerak isyarat tangan menepuk-nepuk krim SPF. Kami percaya inilah yang menjadikan kempen kami berjaya, kerana ia menyeronokkan, mudah dan informatif!" tambah beliau. "Kami juga ingin agar setiap orang menyedari kepentingan perlindungan matahari dan untuk mengetahui bahawa perubahan gaya hidup yang sedikit dapat mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari dan penuaan pra-matang seperti bintik hitam, kehilangan keanjalan dan kedutan pada masa akan datang!"

Kejayaan luar biasa kempen TikTok diterjemahkan kepada hasil jualan yang positif. Berdasarkan kepada hasil jualan April di Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, jualan COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++ menyaksikan peningkatan sebanyak 74% yang mengejutkan berbanding tahun sebelumnya, lantas menunjukkan impak langsung kempen tersebut ke atas pertumbuhan jualan.

COSRX mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua peserta, pengguna TikTok dan penyokong yang menjadikan Cabaran #LayerYourSPF suatu kejayaan yang luar biasa. Jenama ini tetap komited untuk menyampaikan kempen inovatif dan menarik yang menggalakkan pendidikan tentang penjagaan kulit serta mendorong rutin penjagaan kulit yang sihat.

Latar Belakang COSRX

Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi berpatutan, COSRX serta-merta menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan olehnya dan tidak melibatkan sebarang unsur yang tidak diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Amazon, Ulta, Revolve dan Dermstore.

Source: COSRX
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail New products/services