omniture

Valid bekerjasama dengan Cobira untuk memperkasakan kesalinghubungan antara Rangkaian Persendirian dan Awam

Valid
2023-06-05 14:00

Kedua-dua syarikat ini akan membentangkan penyelesaian baharu mereka semasa Kongres Dunia MVNO pada bulan Jun 2023

MADRID, 5 Jun 2023 /PRNewswire/-- Valid, peneraju perkhidmatan eSIM saling kendalian, telah bergabung tenaga dengan Cobira, penyedia kesalinghubungan IoT (Internet Benda) yang selamat dan dipercayai untuk B2B (perniagaan ke perniagaan), bagi memperkenalkan Tawaran Rangkaian Persendirian mereka yang menakjubkan. Penyelesaian ini memperkasakan IoT/M2M dan peranti pengguna untuk melakukan peralihan dengan lancar antara rangkaian awam dan persendirian yang telah ditetapkan serta mengekalkan ketersambungan tanpa gangguan. 

Menurut ABI Research,
permintaan terhadap keupayaan rangkaian persendirian dijangka akan menjana pendapatan sebanyak $64 bilion menjelang tahun 2030. Sementara rangkaian mudah alih merangkumi pelbagai teknologi selular daripada 2G hingga 5G, pengenalan teknologi 5G telah mendorong peningkatan permintaan terhadap rangkaian persendirian yang menawarkan ketersambungan yang selamat dan boleh dipercayai, menjadikannya sesuatu yang menarik untuk operasi misi kritikal, penggunaan IoT dan privasi data. Rangkaian persendirian ini menyediakan liputan di lokasi luaran seperti pelabuhan dan lombong serta kawasan dalaman seperti barisan pengeluaran pembuatan, gudang, kampus yang selamat dan sistem penjagaan kesihatan.

Kerjasama ini menggabungkan teknologi saling kendalian Valid yang canggih, termasuk rangkaian aplet yang canggih dengan Perkhidmatan Pengurusan Ketersambungan Cobira dan Liputan Data Globalnya ke atas Rangkaian Awam, yang menyampaikan mekanisme terkawal untuk mengenal pasti kampus rangkaian persendirian dan memudahkan peralihan kepada rangkaian awam yang lancar apabila perlu. Modul SIM atau eSIM yang tersedia dalam format yang boleh dikeluarkan atau dipateri, dapat mengurus mekanisme pertukaran dengan selamat, menyimpan peraturan perniagaan yang berkenaan untuk digunakan dan mengawalnya dari dekat, sambil masih berpotensi untuk diuruskan secara jarak jauh.

Ketua Pegawai Komersial Cobira, Thomas Brandt-Knudsen menerangkan, "Rangkaian persendirian memperoleh momentum dengan pantas, memberikan peluang baharu kepada pembekal infrastruktur, penyepadu sistem dan MNO (Operator Rangkaian Mudah Alih) di seluruh dunia. Kerjasama dengan Valid membolehkan kami memperluas perkhidmatan ketersambungan kami kepada pelanggan baharu serta memupuk segmen baharu muncul ini dalam industri mudah alih. Kami gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif inovatif ini yang memanfaatkan ketersambungan rangkaian awam untuk memperkasakan persekitaran persendirian."

Pierre Lassus, Naib Presiden Kanan Perisian & Perkhidmatan Global bagi unit Mudah Alih Valid, menekankan tentang komitmen syarikat ini untuk membantu para pelanggan berkembang maju dalam persekitaran rangkaian persendirian. "Penyelesaian baharu kami yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Cobira serta perkhidmatan perundingan khusus kami dapat memperkemas jalinan antara rangkaian persendirian dan awam. Ini memberi jaminan bahawa peranti boleh kekal terhubung walaupun apabila ia bergerak melangkaui sempadan geografi rangkaian persendirian, serta berada dalam keadaan yang selamat dan boleh dipercayai," jelas beliau.

Kerjasama antara Valid dan Cobira mewujudkan keadaan untuk merevolusikan pengalaman ketersambungan, membolehkan IoT dan peranti pengguna beroperasi dengan lancar di seluruh rangkaian persendirian dan awam. Dengan kepakaran dan penyelesaian inovatif mereka, kedua-dua syarikat ini bersedia untuk membentuk masa depan ketersambungan rangkaian, sekali gus memperkasakan lagi perniagaan dan individu dalam dunia yang semakin terhubung.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Rangkaian Persendirian dan usaha kolaboratif antara Valid dan Cobira, sila layari www.valid.com.

Pada 6 Jun ini, semasa Kongres Dunia MVNO 2023 yang diadakan di Hotel Okura di Amsterdam, Naib Presiden Kanan Perisian & Perkhidmatan Valid, Pierre Lassus, dan Ketua Pegawai Komersial Cobira, Thomas Brandt-Knudsen, akan membincangkan tentang Tawaran baharu ini dan bagaimana MNOS, MVNO dan MVNE boleh berkembang maju dalam persekitaran rangkaian persendirian. Sila daftar untuk menyertai di sini.

Tentang Cobira 

Berpangkalan di Denmark, Cobira berusaha untuk menjadi rakan kongsi yang sempurna dari segi membolehkan syarikat-syarikat menjadi penyedia ketersambungan. Dengan kecekapan dan pengetahuan kami dalam ketersambungan, kami membantu pelanggan kami membina penyelesaian yang selamat, boleh dipercayai, terurus dan boleh diskala yang menjadikan perniagaan mereka yang didayakan IoT suatu kejayaan.

Dengan membawa pandangan baharu tentang ketersambungan IoT, Cobira telah ditubuhkan pada tahun 2020 oleh bekas rakan sekerja, yang mana kesemuanya mempunyai pengalaman terdahulu daripada perniagaan ketersambungan IoT, serta pengalaman bertahun-tahun daripada perniagaan telekomunikasi dan mereka semua berkongsi impian yang sama untuk membantu syarikat mengoptimumkan perniagaan mereka menggunakan IoT.

Tentang Valid 

Valid (B³: VLID3 – ON) menyediakan penyelesaian yang disesuaikan yang menyepadukan teknologi baru muncul untuk membolehkan pengalaman yang selamat dan dipercayai. Daripada Data, Pembayaran, Identiti dan Mudah Alih hingga Internet Benda (IoT), Jejak dan Kesan, Pensijilan Digital dan Agroteknologi, Valid menawarkan portfolio perkhidmatan dan penyelesaian yang luas yang mempercepat transformasi digital perniagaan pelanggan kami. Dengan pengalaman melebihi 60 tahun dan mempunyai lebih 4,000 orang pekerja di 16 buah negara, Valid merupakan pengeluar dokumen pengenalan terbesar di Brazil, antara 5 pengeluar kad SIM terkemuka dan pengeluar kad perbankan terbesar di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.valid.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2086610/4056412/Valid_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Valid
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Joint ventures New products/services