omniture

Consumer Physics Raih $2 Juta melalui Kickstarter untuk SCiO Kurang 30 Hari

Consumer Physics
2014-06-03 21:00 125

- Pengimbas Pegang Molekular Menarik Minat Lebih 10,000 Penyokong agar Membantu Membina Pangkalan Data Pertama Benda Fizikal

MENLO PARK, California dan TEL-AVIV, Israel, 3 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Consumer Physics hari ini telah mengumumkan kempen Kickstarter untuk SCiO, pengimbas pegang molekular yang dapat membantu para pengguna untuk lebih memahami dunia fizikal, telah berjaya meraih lebih $2,000,000 dalam tempoh kurang 30 hari menerusi lebih 10,000 penyokong. SCiO kini merupakan kempen teknologi kelima paling banyak dibiayai dalam sejarah Kickstarter dan masih mempunyai lebih dua minggu sebelum kempen meraih dana ini berakhir.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140530/92931

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong projek kami," ujar Dror Sharon, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer Physics. "Kami amat teruja dengan minat yang ditunjukkan dan kami tidak sabar-sabar untuk mula membantu orang ramai meneroka dunia di sekeliling mereka."

Sehingga kini, Consumer Physics juga telah berjaya mendapatkan sokongan daripada lebih 600 pembangun, penggodam komputer, pembuat serta penyelidik yang telah mendaftar untuk membangunkan aplikasi masing-masing dan turut menghasilkan faktor untuk SCiO. Melalui pencapaian ini, Consumer Physics juga telah mengumumkan ganjaran penyokong baharu – semua aplikasi SCiO tanpa komersil pihak pertama yang dihasilkan oleh syarikat tersebut akan diberikan secara percuma kepada semua penyokong Kickstarter sepanjang hidup mereka.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Consumer Physics serta SCiO, sila kunjungi kempen crowdfunding (pengumpulan dana daripada para penyokong inisiatif) SCiO melalui Kickstarter dan laman web Consumer Physics di http://www.consumerphysics.com/myscio.

Latar Belakang Consumer Physics

Misi Consumer Physics adalah untuk memberikan alat bantuan kepada orang ramai agar dapat membantu mereka memahami dunia fizikal mereka dengan lebih baik. Produk pertama syarikat ini iaitu SCiO, ialah penderia molekular mampu milik dan anggun yang telah dilancarkan melalui Kickstarter pada April 2014. Setelah diasaskan oleh Dror Sharon dan Damian Goldring pada tahun 2011, syarikat ini disokong oleh Khosla Ventures (http://www.khoslaventures.com). Pelabur awal juga termasuklah Dov Moran, pengasas Comigo, syarikat TV masa depan (http://www.comigo.com) dan juga pencipta pemacu kilat USB selain pelabur terkenal yang lain. Consumer Physics juga telah berjaya meraih dana menerusi OurCrowd, platform crowdfunding ekuiti-VC hibrid (https://www.ourcrowd.com).

Maklumat lanjut, sila layari: http://www.consumerphysics.com/myscio.

Ikuti perkembangan syarikat tersebut melalui media sosial:

Source: Consumer Physics
Keywords: Consumer Electronics Internet Technology New products/services