omniture

Telepizza Mara Selangkah menerusi Francais Induk untuk Perluasan Antarabangsa dan Bakal Membuka 100 Kedai dalam tempoh 10 Tahun di Arab Saudi

Telepizza
2016-03-09 23:14 353

MADRID, 9 Mac 2016 /PRNewswire/ --

  • Telepizza tandatangani perjanjian francais induk dengan Al Bayan Holding Group, salah satu syarikat perniagaan utama di negara ini
  • Telepizza kini berada di 14 buah negara dan jualan antarabangsanya mencapai lebih 30% daripada jualan keseluruhan rangkaian

Telepizza mara selangkah lagi dengan strategi antarabangsanya dan mengukuhkan komitmen terhadap pasaran antarabangsa melalui perjanjian francais induk bersama rakan kerjasama tempatan. Syarikat tersebut dijangka bakal memulakan operasinya di Arab Saudi setelah menandatangani perjanjian francais induk bersama Emtyaz Catering Company, sebuah anak syarikat 100% milik Al Bayan Holding Group, iaitu Rakan Strategik Telepizza di Arab Saudi dan salah sebuah syarikat perniagaan terkemuka di negara tersebut.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7780751-telepizza-franchise-expansion-saudi-arabia/

Perjanjian tersebut melibatkan komitmen untuk membuka 100 buah kedai piza dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, dan pembinaan empat kedai pertama telah bermula di ibu kota Riyadh, dengan pembukaan dijangka sekitar akhir April atau awal Mei tahun ini. Syarikat ini berhasrat untuk terus memperluas jenamanya ke lokasi lain di Arab Saudi, termasuk bahagian barat - Jeddah - dan kawasan-kawasan di bahagian timur negara tersebut.

Bersama rakan strategik baharu ini, Telepizza berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam penghantaran piza di Arab Saudi, dengan nilai pasaran anggaran 2016 oleh Euromonitor sebanyak 1.3 bilion euro dan mempunyai 6% prospek pertumbuhan (CAGR) dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Rakan kongsi tempatan Telepizza dalam usaha sama ini adalah sebuah kumpulan perniagaan pelbagai yang mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat dalam sektor seperti makanan dan minuman, serta pembangunan hartanah dan juga pembinaan.

"Usaha perluasan kami di peringkat antarabangsa kian mendapat momentumnya selepas pelancaran yang mantap, yang diperkukuh oleh rakan antarabangsa yang memiliki pengetahuan tempatan yang luas serta kepakaran dalam pasaran utama, selain berminat untuk memperluas jenama kami di peringkat global," jelas Pablo Juantegui, Ketua Pegawai Eksekutif Telepizza.

Kefleksibelan dan pengiktirafan jenama

Telepizza memiliki model yang kukuh dan merupakan jenama yang diiktiraf, mampu diperluas ke dalam pasaran berbeza dengan kadar kefleksibelan yang tinggi untuk pemegang francais.

"Kami mempunyai kelebihan daya saing yang hebat: kemampuan kami untuk memberi respons pantas serta kefleksibelan kami dalam mengaplikasikan konsep tempatan ke dalam perniagaan, kedua-duanya menjadi kunci utama kejayaan kami. Selain itu, kami mempunyai nilai yang berbeza dalam produk kami yang inovatif – piza yang dibakar segar, dibuat sendiri dan berkualiti dalam gaya Mediterranean –  konsep yang semakin bernilai dalam pasaran antarabangsa," jelas Giorgio Minardi, Presiden Antarabangsa, Telepizza.

Kefleksibelan model francais Telepizza, kemampuan memberi respons, sokongan daripada pasukan berpengalaman dan perkhidmatan yang berkualiti adalah elemen penting untuk pihak pelabur yang ingin berkembang maju bersama Telepizza dalam pasaran yang berpotensi untuk berkembang.

"Kami amat berbesar hati kerana dapat menyertai Syarikat Telepizza. Konsep jenama yang tersendiri dan inovasi produk yang tinggi iaitu piza yang dibakar segar, dibuat sendiri dan berkualiti dalam citarasa Mediterranean adalah ciri-ciri penting dalam memilih rakan kerjasama baharu. Telepizza memiliki nilai budaya dan kualiti yang tinggi, hampir serupa dengan nilai yang kami bangunkan di Al Bayan Holding Group. Kami berharap dapat bersama-sama berkembang maju melalui jalinan kerjasama jangka panjang yang menguntungkan ini," kata En. Nasser Al Hammad, Naib Presiden Eksekutif of Al Bayan Holding Group.

Strategi antarabangsa 

Strategi antarabangsa oleh Telepizza memfokuskan pertumbuhan dalam pasaran operasinya masa kini, meneroka peluang perniagaan baharu dan menembusi pasaran baharu, sama ada secara organik, iaitu melalui pengambilalihan syarikat-syarikat tempatan, mahupun melalui francais induk.

Kini, syarikat tersebut berada di 14 buah negara dan jualan antarabangsanya melangkaui 30% daripada jualan keseluruhan.

Latar Belakang Telepizza 

Telepizza ialah sebuah syarikat penghantaran piza yang terkenal, diiktiraf kerana piza yang dibakar segar, dibuat sendiri dan berkualiti dalam citarasa Mediterranean, dihidangkan penuh mesra dengan nilai hebat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Hasil daripada kedudukannya sebagai pelopor dalam sektor ini dengan pengalaman selama 30 tahun serta model pengurusannya, syarikat ini mengalami pertumbuhan di peringkat antarabangsa yang kukuh dan berada dalam kedudukan yang mantap di 14 buah negara iaitu di Eropah, Amerika Latin dan Afrika, serta mempunyai lebih 1,300 rangkaian di seluruh dunia.

http://www.telepizza.com 

Facebook

Twitter

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a)

Video: 
http://www.multivu.com/players/uk/7780751-telepizza-franchise-expansion-saudi-arabia/

SUMBER  Telepizza

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Corporate Expansion