Hortonworks Data Platform dan Hortonworks DataFlow Terus Dioptimum untuk Google Cloud Platform bagi Analitik Data Raya dan Penyelarasan Beban Kerja
SAN JOSE, California, 20 Jun 2018 /PRNewswire/ -- DATAWORKS SUMMIT -- Hortonworks, Inc.® (NASDAQ: HDP), penyedia terkemuka bagi penyelesaian pengurusan data global, hari ini mengumumkan penambahbaikan kepada perkongsian sedia ada bersama Google Cloud. Penambahbaikan ini dapat mengoptimumkan lagi Hortonworks Data Platform (HDP) dan Hortonworks DataFlow (HDF) untuk Google Cloud Platform (GCP) bagi membawakan analitik data raya generasi seterusnya untuk penggunaan awan hibrid. Perkongsian ini akan membolehkan pelanggan mencapai wawasan perniagaan yang lebih pantas dengan memanfaatkan inovasi berterusan daripada komuniti sumber terbuka melalui HDP dan HDF melalui GCP.
HDP kini disepadukan dengan Google Cloud Storage yang menawarkan storan awan yang tekal untuk mengendalikan beban kerja data raya. Dengan HDP melalui GCP, pelanggan memperoleh:
Selain itu, HDF melalui GCP membolehkan pengguna untuk:
Dengan kombinasi antara HDP, HDF dan Hortonworks DataPlane Service, Hortonworks dapat menyampaikan metadata, keselamatan dan tadbir urus data yang tekal melalui seni bina awan hibrid dan berbilang awan dengan unik.
"Perkongsian dengan Google Cloud membolehkan pelanggan bersama kami memanfaatkan kebolehskalaan, kefleksibelan dan ketangkasan awan apabila mengendalikan beban kerja analitik dan IoT secara meluas dengan HDP dan HDF," kata Arun Murthy, pengasas bersama dan ketua pegawai produk Hortonworks. "Bersama-sama Google Cloud, kami menawarkan perusahaan dengan laluan mudah untuk mengguna pakai infrastruktur awan, dan seterusnya seni bina data moden."
"Perusahaan berharap dapat menjadi lebih pintar dari segi perniagaan dan pelanggan mereka melalui analitik dan pembelajaran mesin termaju," kata Sudhir Hasbe, pengarah pengurusan produk untuk Google Cloud. "Perkongsian kami dengan Hortonworks akan memberi kebolehan kepada pelanggan untuk mengendalikan dengan pantas analitik data, pembelajaran mesin dan menyelaraskan beban kerja analitik dalam GCP sekaligus mewujudkan penghubung kepada seni bina data hibrid atau natif awan."
Sumber-sumber
Latar Belakang Hortonworks
Hortonworks ialah penyedia utama bagi platform, perkhidmatan dan penyelesaian pengurusan data tahap perusahaan dan bertaraf global yang menyediakan maklumat perisikan yang boleh diambil tindakan daripada sebarang jenis data untuk lebih separuh syarikat yang tersenarai dalam Fortune 100. Hortonworks komited untuk memacu inovasi dalam komuniti sumber terbuka, memberikan nilai unik kepada pelanggan perusahaan. Bersama-sama rakan-rakan kongsinya, Hortonworks menyediakan teknologi, kepakaran dan sokongan agar pelanggan perusahaan dapat mengguna pakai seni bina data moden. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com.
Hortonworks dan HDP ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Hortonworks, Inc. dan subsidiarinya di Amerika Syarikat dan kawasan-kawasan lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
Perhubungan media
Michelle Lazzar
comms@hortonworks.com
(408) 884-9861
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/542818/HORTONWORKS_Logo.jpg