omniture

RevitaLash® Cosmetics Alu-alukan Penambahan Baharu kepada Rangkaian Kosmetik Warna

RevitaLash Cosmetics
2018-07-21 01:04 474

Set Volum Dwihujung Bakal Tersedia Tidak Lama Lagi

VENTURA, California, 20 Julai 2018 /PRNewswire/ -- RevitaLash® Cosmetics, jenama alis mata dan bulu mata terkemuka yang diterajui Pakar Perubatan, dengan sukacitanya mengumumkan penambahan terkini dalam seleksi produk ternamanya, Set Volum Dwihujung (Double-Ended Volume Set). Volumizing Primer dan Volumizing Mascara pemenang anugerah daripada jenama ini telah digabungkan menjadi gandingan 2-dalam-1 bagi membantu persediaan dan meningkatkan volum semula jadi, menghasilkan bulu mata cantik yang lebat dan kaya berpigmen. Produk dwitugas yang dinilai oleh Pakar Oftalmologi dan Pakar Dermatologi ini menyediakan perapian warna pekat yang membolehkan aplikasi yang boleh ditingkatkan, menawarkan kepanjangan dan volum bulu mata secara semula jadi yang nyata dramatik.

(PRNewsfoto/RevitaLash Cosmetics)
(PRNewsfoto/RevitaLash Cosmetics)

Sorotan yang perlu diberi perhatian pada Volumizing Primer termasuk warna mineral Biru Indigo untuk menyerlahkan bahagian mata dan memperhebatkan kedalaman lapis atas maskara, serta bahan-bahan selektif yang menggalakkan bulu mata yang lebih kuat dan lebih sihat. Ia mempunyai Peptida & Panthenol untuk mengukuhkan dan merapikan bulu mata, Polimer & Ekstrak Tumbuhan Semula Jadi untuk tambahan lembapan dan kilatan, berserta berus silikon dibentuk baharu untuk meratakan produk dengan sama rata pada bulu mata.

Volumizing Mascara dirumuskan dengan Biotin & Polimer Lentur Lembut, memberikan sifat-sifat merapikan dan mengukuhkan demi kepanjangan dan penguatan bulu mata yang mudah. Rumusan kalis air menawarkan hasil yang tahan lama, manakala berus berbentuk jam pasir menambah volum baharu bertindak balas kepada lengkungan semula jadi pada garis bulu mata. Volumizing Mascara ini menambah warna yang berani dan definisi yang tiada tandingan.

"Koleksi didorong oleh pakar perubatan ini sentiasa berkembang dan terus menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan kecantikan bulu mata dan alis mata," kata Dr. Michael Brinkenhoff, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas RevitaLash Cosmetics. "Kami berasa teruja kerana berupaya menyediakan pelanggan kami dengan produk 2-dalam-1 yang direka dengan mudah untuk menyediakan dan menggalakkan rupa bulu mata yang panjang dan cantik."

Set Volum Dwihujung RevitaLash Cosmetics berharga $34.50 dan akan disediakan melalui RevitaLash.com dan di salun, spa serta spa perubatan di 62 negara bermula 20 Julai ini.

Latar Belakang RevitaLash Cosmetics
RevitaLash Cosmetics ialah peneraju dunia dalam membangunkan produk-produk kecantikan bulu mata, alis mata dan rambut termaju. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksinya merangkumi Perapi Bulu Mata Termaju RevitaLash® dan Perapi Bulu Kening Termaju RevitaBrow® yang memenangi anugerah, dan boleh didapati di lebih 10,000 pejabat pakar perubatan, spa, salun dan penjual barangan khusus seluruh dunia. Selaku penyokong inisiatif kanser payudara bukan untung, RevitaLash Cosmetics menderma sebahagian daripada hasil jualan kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan, bagi menyumbang kembali kepada komuniti kanser payudara sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat, layari www.revitalash.com. [RevitaLash Advanced tidak disediakan di California.]

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/720224/RevitaLast_Cosmetics_double_ended_tube.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/653485/RevitaLash_Cosmetics_Logo.jpg

 

 

Source: RevitaLash Cosmetics
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services