omniture

USD220,000 untuk saham dalam Six Senses St. Kitts Resort and Spa Berikan Anda Mobiliti Global & Kewarganegaraan Kedua Sepanjang Hayat

Harvey Law Group
2018-07-23 10:27 345

HONG KONG, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Harvey Law Group mengumumkan Perkongsian Strategik dengan Range Developments di Asia Tenggara untuk Six Senses St. Kitts Resort and Spa yang baru dilancarkan. Padat dengan sejarah pelayaran legenda bermula sejak ratusan tahun lamanya, pulau Caribbean Timur St. Kitts & Nevis ialah destinasi eksotik terbaharu untuk Six Senses Hotels Resorts Spas.

Mr. Jean-Francois Harvey Global Managing Partner of Harvey Law Group (left) and Mr. Bastien Trelcat, Managing Partner South East Asia (right) officially announced the strategic partnership with Range Developments in South East Asia in May 2018.
Mr. Jean-Francois Harvey Global Managing Partner of Harvey Law Group (left) and Mr. Bastien Trelcat, Managing Partner South East Asia (right) officially announced the strategic partnership with Range Developments in South East Asia in May 2018.

Pusat peranginan ini akan dibangunkan di bekas tapak ladang tebu dengan bukit-bukit landai menuruni ke arah pantai berpasir yang panjang menghadap Laut Caribbean. Kesemua 70 vila berkolam yang dirancangkan dan The Retreat akan dapat menikmati pemandangan samudera dan persekitaran terpelihara yang menyemai perasaan luar biasa kerana terasing daripada peradaban; tempat yang membolehkan tetamu mendekati semula diri mereka, keluarga dan insan tersayang serta alam semula jadi.

Menerusi gaya Six Senses yang sebenar, setiap aspek daripada 70 vila yang kesemuanya mempunyai kolam junam peribadi adalah selari dengan komitmen Six Senses terhadap alam sekitar, menggunakan bahan-bahan yang lestari dan dibuat semula seiring dengan keselesaan kontemporari.

Menghadap kawasan simpanan semula jadi pusat peranginan, Six Senses St. Kitts akan menyediakan pilihan rawatan khas Six Senses serta tradisi penyembuhan Caribbean dan perjalanan rejuvenasi, Six Senses Integrative Wellness, penyahtoksikan, yoga dan juga bengkel.

Pelaburan dalam Six Senses St. Kitts akan melayakkan anda dan keluarga anda untuk memohon kerakyatan St. Kitts & Nevis melalui program tajaan kerajaan:

  • Pelaburan sebanyak USD220,000 (melalui struktur perkongsian terhad) dalam Six Senses St. Kitts diperlukan bagi melayakkan anda memohon kerakyatan St. Kitts & Nevis.
  • Pembiayaan disediakan sepanjang 2 tahun.
  • Kerakyatan adalah untuk sepanjang hayat untuk pelabur, pasangan, ibu bapa dan beberapa tanggungan yang layak, dan kerakyatan tersebut boleh diturunkan kepada generasi-generasi. Pemohon tidak boleh melawat atau menetap di St. Kitts.
  • Pasport St. Kitts & Nevis dikeluarkan dalam tempoh kira-kira 90 hingga 120 hari selepas memfailkan permohonan.
  • Warganegara bebas daripada cukai pendapatan peribadi, keuntungan modal, hadiah, kekayaan dan warisan.
  • Warganegara St. Kitts & Nevis boleh menjelajah tanpa memerlukan visa ke lebih 139 negara, termasuk United Kingdom, negara-negara Schengen Eropah dan kebanyakan negara Komanwel British.
  • Kerakyatan melibatkan status kependudukan penuh dan hak bekerja di St. Kitts & Nevis.
  • Dua kerakyatan dibenarkan dan dibuka kepada semua bangsa, tanpa sebarang keperluan untuk memaklumkan negara asal pemohon.
  • St. Kitts & Nevis menawarkan persekitaran pembangunan perniagaan yang menggalakkan yang mana mata wang ditetapkan kepada dolar AS.
  • Pilihan-pilihan keluar menyediakan kebolehan merealisasikan keuntungan modal dan penjanaan pendapatan terhadap pelaburan.

Harvey Law Group (HLG), salah sebuah firma undang-undang yang terkemuka di Asia, menumpu pada imigrasi pelaburan dan mobiliti, mengumumkan bahawa salah sebuah syarikat portfolionya memperoleh hampir 20% daripada inventori dalam Six Senses St. Kitts yang baru dilancarkan, dibangunkan oleh Range Developments (Range) di bawah program Kerakyatan-melalui-Pelaburan St Kitts. Perjanjian antara Range dan Harvey Law Group ditandatangani pada 8 Mei 2018, bagi mendapatkan akses kepada unit-unit yang dibangunkan untuk kumpulan pelanggan HLG yang kukuh di Asia Pasifik.

Harvey Law Group ialah firma undang-undang multinasional yang mengendalikan undang-undang korporat dan imigrasi pelaburan dengan reputasi bertaraf dunia untuk mewakili pelanggan dan syarikat berprofil tinggi serta mempunyai lebih 19 pejabat di seluruh dunia. Sebagai salah sebuah firma undang-undang HNWI yang amat dikenali, HLG menawarkan program residensi dan kerakyatan paling komprehensif yang disediakan setakat ini. Harvey Law Group menerima anugerah Firma Undang-undang Imigrasi Terbaik Tahunan di Anugerah Undang-undang Macallan ALB Hong Kong Tahunan pada tahun 2014 dan 2017. Penting untuk dinyatakan bahawa Harvey Law Group telah menawarkan Perkhidmatan Imigrasi Perniagaan sejak tahun 1992, seraya menjadikannya salah sebuah firma tertua dalam bidang yang amat khusus ini.  

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pilihan pembiayaan eksklusif atau peluang program imigrasi pelaburan, sila hubungi Rakan Pengurusan HLG World Wide, En. Jean-Francois Harvey (jfharvey@harveylawcorporation.com) dan Rakan Pengurusan HLG, En. Bastien Trelcat (btrelcat@harveylawcorporation.com)

Hubungi +6626701848 atau layari www.harveylawcorporation.com atau FB: https://www.facebook.com/HLGThailand

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188881-1

Source: Harvey Law Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Contracts