TOKYO, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Dengan minat dan keinginan bersama untuk mengambil tindakan yang berkesan terhadap perubahan iklim dengan mengurangkan emisi karbon dengan ketara, organisasi-organisasi yang mewakili Jepun dan Saskatchewan telah bersetuju untuk berkolaborasi bagi mempercepatkan penggunaan dan pemahaman penggunaan dan penyimpanan tangkapan karbon (CCUS/CCS). Satu komitmen bersama dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MOU) telahpun ditandatangani hari ini oleh Japan CCS Co., Ltd, (berpangkalan di Tokyo, Jepun) dan International CCS Knowledge Centre (berpangkalan di Regina, Saskatchewan, Kanada).
CCUS diiktiraf oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim PBB (IPCC) sebagai teknologi yang diperlukan untuk mencapai matlamat perubahan iklim global di bawah Perjanjian Paris dan merupakan komponen yang amat penting dalam portfolio teknologi yang diperlukan untuk mencapai senario dua darjah.
MOU ini menandakan laluan ke hadapan untuk berkolaborasi dalam pembangunan, demonstrasi dan penggunaan CCUS seraya mengurangkan emisi gas rumah hijau (GHG) dan menyediakan keselamatan tenaga.
Dalam usaha untuk mempercepatkan penggunaan CCUS, Japan CCS Co., Ltd. menjalankan Projek Demonstrasi CCS Tomakomai bagi pihak kerajaan Jepun untuk mendemonstrasikan daya maju CCS rantaian penuh di Jepun. Pengetahuan dan pengalaman yang berharga diperoleh.
Sebagai perintis bagi CCUS, International CCS Knowledge Centre yang berpangkalan di Kanada berganding bahu dengan Japan CCS Co. untuk memudahkan perkongsian pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada pembinaan melalui operasi dan penyelenggaraan Kemudahan CCS Boundary Dam 3 SaskPower - kemudahan CCS selepas pembakaran berskala komersial yang pertama di dunia pada loji kuasa arang batu.
International CCS Knowledge Centre dan Japan CCS Co. akan bekerjasama erat untuk bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan tentang CCUS yang diperoleh dengan menjalankan projek-projek mereka bagi berkongsi dan menyebarkan maklumat berkenaan dengan tujuan untuk memajukan penggunaan CCUS di dunia.
Hadir untuk menyaksikan penandatanganan MOU ini ialah Scott Moe, Premier Saskatchewan, Ian Burney, Duta Kanada ke Jepun dan Hideki Makihara, Menteri Negara Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun.
Petikan Kata-kata
"Saskatchewan membantu memimpin dunia dalam teknologi inovatif yang dapat mengurangkan emisi gas rumah hijau di seluruh dunia. Kolaborasi antara International CCS Knowledge Centre dan Japan CCS Co. menonjolkan kepimpinan global Saskatchewan dan impak yang boleh diberikan oleh teknologi yang inovatif ini jauh melangkaui sempadan kami."
- Scott Moe, Premier Saskatchewan, Kanada
"Kami berbesar hati untuk menjalin perkongsian dengan Japan CCS Co. tatkala kami bekerja bersama-sama untuk memberi kesan bagi mengurangkan emisi karbon global dengan penangkapan dan penyimpanan karbon."
- Mike Monea, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, International CCS Knowledge Centre
"Penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi memajukan CCS sebagai langkah mitigasi global dan kami berasa gembira untuk berkolaborasi dengan International CCS Knowledge Centre."
- Shoichi Ishii, Presiden Japan CCS Co., Ltd.
Fakta Ringkas
Jepun & Kanada
Pautan
Perubahan Iklim
CCUS/CCS
Latar Belakang International CCS Knowledge Centre (Knowledge Centre) : Beroperasi sejak tahun 2016 di bawah arahan lembaga bebas, Knowledge Centre ditubuhkan oleh BHP dan SaskPower dengan mandat untuk memajukan pemahaman dan penggunaan global CCS berskala luas bagi mengurangkan emisi GHG global. Knowledge Centre menyediakan kepakaran untuk melaksanakan projek-projek CCS berskala besar serta pengoptimuman CCS melalui pembelajaran asas daripada kedua-dua Kemudahan CCS Boundary Dam bersepadu penuh dan kajian CCS generasi kedua yang komprehensif, dikenali sebagai Kajian Shand. Untuk maklumat lanjut: https://ccsknowledge.com/
Latar Belakang Japan CCS Co., Ltd.: Ditugaskan oleh kerajaan Jepun untuk mendemonstrasikan sistem CCS rantaian penuh di Bandar Raya Tomakomai, Hokkaido, Japan CCS Co., Ltd. (JCCS) ditubuhkan pada Mei 2018 apabila sekumpulan syarikat-syarikat utama dengan kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan CCS termasuk kuasa elektrik, petroleum, penerokaan dan pembangunan minyak & gas serta kejuruteraan loji, berganding bahu untuk menyahut seruan kerajaan Jepun bagi pembangunan teknologi CCS sebagai langkah balas terhadap pemanasan global. JCCS ialah sebuah syarikat yang unik di dunia yang ditubuhkan dan dikhususkan secara jelas untuk membangunkan teknologi CCS bersepadu. Untuk maklumat lanjut: https://www.japanccs.com/en/
#CCSKnowledge #CleanTech #CCUS #BoundaryDam #ClimateAction
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1007616/International_CCS_Knowledge_Centre_Japanese___Saskatchewan_Compa.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1007617/International_CCS_Knowledge_Centre_Japanese___Saskatchewan_Compa.jpg
Untuk maklumat lanjut: Jodi Woollam, Ketua Komunikasi & Perhubungan Media, jwoollam@ccsknowledge.com; T: +1-306-565-5956 / M: +1-306-520-3710 / F: +1-306-565-5668; Chiyoko Suzuki, Pengurus, Jabatan Perhubungan Antarabangsa, chiyoko.suzuki@japanccs.com; T:+81-3-6268-7387 / F:+81-3-6268-7385