omniture

Bigo Live, Platform Hasilkan Bintang-bintang Bersinar, Siar Rakaman Baharu

BIGO
2020-01-09 21:10 451

SINGAPURA, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform penstriman langsung yang berpangkalan di Singapura dijadualkan untuk menyiarkan rakaman menarik beberapa penyiar popular mereka di New York Times Square pada 7 Januari 2020. Rakaman tersebut akan menampilkan cebisan rakaman bagaimana kehidupan orang biasa telah berubah berdasarkan kuasa komunikasi era baharu; hanya dengan berkongsi secebis kisah kehidupan mereka semasa strim langsung atau siaran mereka.

Penyiar popular menstrim langsung melalui Bigo Live kepada peminat global, memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi bersama beliau secara langsung melalui aplikasi tersebut.
Penyiar popular menstrim langsung melalui Bigo Live kepada peminat global, memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi bersama beliau secara langsung melalui aplikasi tersebut.

Penyiaran rakaman baharu ini merupakan satu permulaan kepada BIGO Gala Awards 2020 yang akan datang, diadakan di Singapura; satu upacara sulung yang mana penyiar-penyiar terbaik dan paling menyinar daripada platform tersebut diraikan. Beberapa penyiar yang ditampilkan daripada rakaman Times Square berkenaan akan menjejakkan kaki ke Singapura bagi menerima trofi mereka dan untuk membuat persembahan di hadapan khalayak global.

Bigo Live telah terkenal dalam mengubah kehidupan penyiar mereka menjadi lebih baik dengan drastik sekali, yang mana mereka pada awalnya merasa sangsi tentang perkara tersebut. Walau bagaimanapun, kini, individu-individu biasa yang sama ini meraih bukan sahaja populariti, ratusan ribu pengikut setia, mereka juga diberi outlet untuk berkongsi kemahiran mereka, menunjukkan bakat atau minat mereka, menjalin persahabatan pada skala global, satu pencapaian mengagumkan yang tidak dapat dicapai sebelum ini.

Berkongsi video yang ditunjukkan di Times Square, Penyiar berkongsi bahawa mereka terhutang budi kepada Bigo Live kerana menyediakan mereka dengan outlet untuk menjadi kreatif, bersemangat dan menikmati kemasyhuran sambil menjana pendapatan secara serentak.

Evolusi media sosial ini bukan sahaja melahirkan generasi baharu bintang dalam talian, tetapi juga mewujudkan dunia yang mana maklumat hibur digunakan berdasarkan mobiliti dan kebolehcapaian. Dalam era ini, pewujudan kumpulan bakat global yang membuahkan hasil daripada Bigo Live di peringkat tempatan mahupun global bukan sahaja unik, bahkan terbukti menjadi pilihan yang agak popular untuk ramai Gen Y dan Gen Z.

Orang ramai yang berminat boleh menyaksikan upacara penuh dalam aplikasi, pada 15 Januari, GMT +8 melalui Bigo Live.

Bigo Live boleh didapati daripada android mahupun iOS.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200107/2684440-1?lang=0

Source: BIGO
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet New products/services