LONDON, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Percubaan penyelidikan yang terbesar dan paling berwibawa seumpamanya telah mengesahkan bahawa Allen Carr's Easyway (ACE) kini merupakan alternatif bebas ubatan yang terbukti secara klinikal dan amat berkesan untuk tampalan nikotin, gam serta e-rokok dan kajian ini seharusnya membuka laluan untuk kaedah ini tersedia melalui NHS.
Allen Carr's Easyway, yang bebas ubatan sepenuhnya, hari ini menerima dorongan utama sebagai Percubaan Terkawal Rawak (RCT), yang dijalankan oleh London South Bank University, mendapati bahawa ia sekurang-kurangnya berkesan, jika tidak lebih berkesan, berbanding teknik-teknik yang kini ditawarkan oleh Perkhidmatan Berhenti Merokok Standard Emas NHS UK yang bergantung pada tampalan nikotin, gam nikotin dan produk-produk nikotin lain, berserta perkhidmatan kaunseling 1-1.
Kajian ini dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Tabiat Ketagihan (CABR) di London South Bank University (LSBU) dan St George's, University of London dan diterbitkan hari ini dalam jurnal akademik Addiction*.
Allen Carr's Easyway menghasilkan kadar penghindaran 19 peratus enam bulan selepas tarikh sasaran berhenti, dibandingkan dengan 15 peratus untuk Perkhidmatan Berhenti Merokok NHS Standard Emas semasa. Percubaan dikawal rawak yang dijalankan secara bebas ini mempunyai 620 peserta, dengan 310 dalam ACE dan 310 dalam perkhidmatan pakar (NHS). Penghindaran daripada merokok disahkan dengan mengukur gas karbon monoksida dalam hembusan nafas peserta.
Kajian ini, yang diterbitkan hari ini, menyimpulkan bahawa penilaian keberkesanan kaedah ACE adalah penting memandangkan ia menawarkan kaedah bebas ubatan untuk berhenti merokok yang boleh diberikan dalam sesi-sesi terapi kumpulan. Oleh yang demikian, ia dapat menawarkan pilihan rawatan tambahan berdaya maju yang berkesan kos dalam persekitaran penjagaan kesihatan awam/dibiayai.
Profesor Daniel Frings, daripada pasukan penyelidikan tersebut, mengulas:
"Dapatan ini menawarkan sokongan menarik bagi keberkesanan kaedah Allen Carr's Easyway untuk berhenti merokok."
Dapatan daripada RCT ini memberi tambahan kepada satu lagi kajian bebas berwasit baru-baru ini yang turut membuktikan keberkesanan kaedah Allen Carr's Easyway. Kajian ini telah dimulakan oleh Kerajaan Ireland dan baru-baru ini diterbitkan dalam "Tobacco Control" (Keogan S, Li S, Clancy L. Tob Control 2019;28:414–419.) British Medical Journal yang menunjukkan bahawa kaedah tersebut adalah hampir dua kali berkesan sepertimana perkhidmatan Quit.ie** sedia ada. Maklumat terperinci di sini.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Bebas Tembakau Ireland (TFRI) Prof Luke Clancy berkata:
"Allen Carr ialah kaedah rawatan yang sangat kurang digunakan yang mempunyai potensi besar untuk membantu mencapai sasaran bercita-cita tinggi kami dalam kawalan tembakau."
John Dicey, Ketua Pegawai Eksekutif Global Allen Carr's Easyway, mengulas:
"Ini merupakan hari yang bersejarah memandangkan, buat julung kalinya, prestasi program ini ditunjukkan bukan sahaja dalam satu percubaan klinikal, malah kini dua percubaan klinikal. Tidak syak lagi bahawa sebagai kaedah lisan, berbanding pil, posyen atau tampalan, menjadikan penilaian percubaan klinikal untuk kaedah tersebut terhad dan sangat meremehkan kadar kejayaannya dalam keadaan 'dunia sebenar'. Walau bagaimanapun, meskipun dalam persekitaran yang terhad ini, kami berasa gembira kerana kaedah tersebut didapati sekurang-kurangnya berkesan atau lebih berkesan apabila dibandingkan dengan program-program berasaskan ubatan dan nikotin yang kini disediakan dalam NHS, Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan dan jabatan kesihatan kerajaan di seluruh dunia.
"Tampalan nikotin, gam dan produk-produk nikotin yang lain menelan belanja yang tinggi kepada pembayar cukai iaitu sekitar £30 juta*** setahun di UK sahaja dan anggaran £900 juta nilai nikotin telah dipreskripsikan di UK sepanjang 20 tahun yang lalu. Keputusan ini seharusnya membuka jalan untuk kaedah bebas ubatan, amat selamat, cepat dan mudah ini untuk disediakan melalui NHS, Irish Health Service dan perkhidmatan kesihatan di 50 buah negara di tempat kami beroperasi."
Keputusan daripada ujian Ireland tersebut menunjukkan bahawa kadar berhenti Allen Carr's Easyway adalah sentiasa hebat berbanding Quit.ie, tekal mencapai kadar berhenti yang lebih tinggi dalam 1, 3, 6 dan 12 bulan (hampir dua kali lebih baik) dan keputusan daripada percubaan London menunjukkan kadar kejayaan 6 bulan sebanyak 19% untuk Allen Carr's Easyway berbanding 15% untuk Perkhidmatan Standard Emas NHS.
John Dicey menyambung dengan berkata, "Melihatkan kontroversi yang berterusan tentang vape, yang kelihatan tidak akan mereda dalam masa terdekat, keputusan ini harus memberi keyakinan kepada Public Health England dan Irish Health Service Executive (HSE) untuk menyediakan Allen Carr's Easyway sebagai alternatif bebas nikotin, selamat sepenuhnya dan popular kepada kaedah-kaedah yang tersedia masa kini."
Profesor Sofia Ravara, Kursi Kumpulan untuk Jawatankuasa Kawalan Tembakau European Respiratory Society yang berpengaruh, mengalu-alukan kajian Ireland ini dengan bersemangat dan berkata: "Saya mendapati kajian ini amat bermanfaat dan berharap kami tidak perlu menunggu 30 tahun lagi untuk Allen Carr dijadikan kaedah berhenti merokok yang disahkan."
Program Seminar Allen Carr's Easyway to Stop Smoking tidak bergantung pada sebarang nikotin, bahan nikotin, tampalan atau farmaseutikal lain. Ia mencabar alasan mengapa orang ramai merokok dan kebanyakan orang melaporkan bahawa mereka bukan sahaja berhenti merokok, tetapi sebenarnya hilang keinginan untuk merokok.
Catatan untuk Editor
*Sumber: Frings D, Albery IP, Moss AC, Brunger H, Burghela M, White S, and Wood KV (2020) Comparison of Allen Carr's Easyway programme with a specialist behavioural and pharmacological smoking cessation support service: A randomised controlled trial. Addiction 115: doi: 10.1111/add.14897. Dapatan penuh di sini.
**Sumber petikan: https://www.imt.ie/news/smokers-twice-likely-quit-smoking-using-allen-carr-method-study-reveals-25-06-2019/
***Sumber kos NHS NRT: Number of people using NHS stop smoking services continues to fall BMJ 2017; 358 doi: https://doi.org/10.1136/bmj.j3936 (Diterbitkan 18 Ogos 2017)