omniture

Jumeirah Group dan jurumasak cilik menghasilkan FoodieKiDS - menu baharu kanak-kanak yang menyeronokkan dan berkhasiat bagi membantu meningkatkan nikmat percutian keluarga

Jumeirah Hotels and Resorts
2020-10-09 15:40 856

DUBAI, U.A.E., 8 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Jumeirah Hotels and Resorts akan melancarkan konsep kulinari baharu yang inovatif khusus buat para pengunjung ciliknya - FoodieKiDS. Menu kanak-kanak baharu yang menyeluruh ini dimaklumkan oleh penyelidikan global dengan lebih daripada 5,500 ibu bapa kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dari AS, UK, Rusia, Jerman, KSA dan UAE ditemu ramah tentang tabiat makan anak-anak mereka.

 

 

 

Untuk melihat Siaran Akhbar Multimedia, sila klik: 

https://www.multivu.com/players/uk/8791351-jumeirah-group-and-little-foodies-create-foodiekids/

Menurut kajian tersebut, 77% ibu bapa berpendapat bahawa pihak hotel perlu menyediakan pilihan yang lebih sihat dalam menu makanan kanak-kanak. Sementara itu, 79% mengatakan bahawa menu yang menarik, pelbagai dan sihat untuk kanak-kanak akan menambah keseronokan mereka dan menenangkan fikiran, walaupun ketika sedang bercuti, mereka membuat pilihan makanan yang tepat. Ibu bapa juga mengatakan bahawa anak-anak mereka cenderung memakan makanan ringan semasa dalam percutian, dengan tiga jenis makanan paling banyak dimakan oleh pelancong cilik di seluruh dunia iaitu piza - 44%, nuget ayam - 35% dan kerepek - 32%. Walaupun pilihan yang terhad sering tersedia, 58% ibu bapa mengatakan bahawa mereka tetap berusaha memastikan anak-anak mereka makan dengan baik ketika sedang bercuti.

Mengulas tentang menu FoodieKiDS yang baharu, Ketua Pegawai Kulinari Jumeirah Group, Michael Ellis berkata: "Jurumasak berbakat kami muncul dengan menu yang menarik berserta olahan yang sihat, kami tahu ia bakal menjadi keinginan kanak-kanak kerana beberapa orang jurumasak cilik membantu kami membuatnya. Kami mendapati bahawa apabila disediakan dan dipersembahkan dengan penampilan yang menarik, hidangan kami yang terdapat lebih buah serta sayur-sayuran, pilihan bermil penuh dan kurang masin sering menjadi kesukaan ramai. Di Jumeirah, kami suka membuat kelainan terhadap sesuatu makanan dan sentiasa berusaha memenuhi keperluan para tetamu kami yang semakin meningkat agar mereka dapat memanfaatkan setiap detik bersama kami. FoodieKiDS bukan sahaja memberi ketenangan kepada ibu bapa, tetapi juga menjadikan percutian mereka lebih dikenang."

FoodieKiDS akan dicuba di pusat peranginan keluarga induk kami, Jumeirah Beach Hotel, sebelum dilancarkan sepenuhnya. Sebagai meraikan yang tersebut, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun makan secara percuma sekiranya tinggal di hotel ini hingga 31 Oktober 2020 di bawah pakej Ultimate Staycation.

www.jumeirah.com/FoodieKiDS

Tentang Jumeirah Group:

Jumeirah Group ialah ahli Dubai Holding dan syarikat perhotelan mewah global yang mengendalikan lebih daripada 6,500 portfolio penting bertaraf dunia dengan 26 hartanah di Timur Tengah (termasuk Burj Al Arab Jumeirah) Eropah dan Asia dan banyak lagi hartanah yang kini sedang dalam pembinaan di seluruh dunia.

www.jumeirah.com / @Jumeirahgroup

Market-specific search results are available - contact miet.saelens@jumeirah.com  for more information.

Contact: Reem Diab, reem.diab@bcw-global.com, +97155 702 6267

Jumeirah FoodieKiDS - Chief Culinary Officer Michael Ellis with one of the little foodies who helped shape the menu.
Jumeirah FoodieKiDS - Chief Culinary Officer Michael Ellis with one of the little foodies who helped shape the menu.

 

Source: Jumeirah Hotels and Resorts
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Children-related news New products/services